Utusan Borneo (Sabah)

Sapawi mengakrabi rakyat sejati

Seorang ilmuan, pemikir dan pemimpin mengakar di kampung

- Oleh LICHONG ANGKUI

JAM menunjukka­n 6.30 pagi. Saya bergegas menghidupk­an enjin kereta. Destinasi dituju Sipitang, 144km dari Kota Kinabalu menghala ke pantai barat selatan. Acara perasmian mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sipitang, bermula jam 10 pagi.

Sepuluh minit pemanduan, saya sudah berada di jalan lama PenampangP­apar, yang sedang dinaik taraf menjadi jajaran PanBorneo. Kelihatan lori dan pelbagai jentera berat parkir di kiri-kanan. Laluan bertentang­an menuju pusat bandar sesak. Kenderaan perlahan bertali-arus di celah-celah kon pembinaan berwarna merah.

Waktu pagi begini, laluan keluar dari bandaraya agak lengang. Maka dapatlah saya memecut 80-100kmj dengan pacuan empat roda tua berusia lebih sedekad, biarpun terhoyong-hayang dek permukaan jalan yang tidak rata.

Saya sengaja membuka tingkap kenderaan, me- nikmati tiupan segar angin pagi. Diiring muzik yang sesekali tenggelam di antara deru angin. Sungguh membugar minda, sedang Ebiet G Ade terus mengalunka­n `Berita kepada kawan’ yang membuaikan.

Tanpa sedar, dua setengah jam memandu, saya sudah melepasi empat daerah - Putatan, Penampang, Papar dan Beaufort.

Memasuki daerah Sipitang di Kg Melalia, sekali lagi kelihatan beberapa jentera berat di kiri-kanan. Di sini, jajaran Pan-Borneo pakej Sindumin-Melalia, sejauh 28.4km dengan kos RM600 juta, baharu saja bermula selepas dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 4 Mac lepas.

Projek lebuh raya tanpa tol Pan-Borneo jajaran Sabah bermula di Sipitang, merentasi pantai barat ke timur hingga Tawau sejauh 706 kilometer, dengan anggaran kos keseluruha­n RM16 bilion. Dijangka siap menjelang tahun 2021.

“Awalnya sampai...,” kata Datuk Sapawi Hj Ahmad, Ahli Parlimen Sipitang, ketika saya menyalami beliau sejurus tiba di Rumah Rehat Sipitang. Beliau sedang bersarapan dengan pegawai-pegawainya di situ, sementara menunggu acara bermula setengah jam lagi di Dewan Masyarakat berdekatan.

Pegawai khasnya, Mohd Dzul Kassim, menarik kerusi mengajak saya duduk semeja. Sambil bersarapan meehon goreng, telur mata lembu dan roti bakar, kami santai bercerita tentang pelbagai ragam masyarakat. Dari kisah `riang ria’ dan nama-nama unik kampung di Sipitang, sehingga kepada isu-isu serius politik kepartian.

Sambil menghirup Nescafe panas, saya melihat `eyebag’ mata Datuk Sapawi yang membengkak. Hati kecil saya berdetik, mungkin dia tidak cukup tidur agaknya.

Spontan dia menggosok matanya, lalu berkata: “Saya balik awal dan tidur awal malam tadi...ya, awal pagi, jam 2 pagi.”

Itulah rutin beliau setiap kali berada di kawasan. Ziarah kepada penduduk satu kelaziman. Mengakrabi rakyat sejati, dari hati ke hati. Malam tadi, kata beliau, ziarah berlarutan hingga awal pagi bersama seorang pengetua sekolah.

Sedang kami bersarapan, seorang lelaki separuh usia menyertai kami. Dia mendahului bersalaman dengan Sapawi serta pegawai-pegawainya. Saya tidak terkecuali. Dia bercerita panjang berjela, berbagai kisah dulu dan hari ini. Dari cara penceritaa­nnya, lelaki ini memang dikenali dan diakrabi.

Tiba-tiba telefon lelaki itu berdering. Dia bangkit dan duduk di meja lain, jauh sedikit dari kami, sambil melayani panggilan. Datuk Sapawi kemudian menyusuli ke meja itu, melayani lelaki tadi tanpa kami mendengari­nya. Itulah prinsip beliau, setiap kali mendengar masalah rakyat, dia akan mendengarn­ya sendiri. Menyelesai­kannya tanpa heboh.

Saya teringat tadi, ketika melangkah masuk ke Rumah Rehat, seorang wanita warga emas, mirip orang Cina, duduk sendirian di sebuah meja bulat. Seperti lelaki tadi, Datuk Sapawi juga menegur dan bertanya khabar kepada wanita yang memang dikenaliny­a itu.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang, mengakrabi rakyat dan pengundi di kawasannya sebagai satu keluarga besar tanpa batas kaum dan agama. Dia menghadiri majlis keraian Krismas dan Tahun Baharu Cina sama seperti meraikan Aidilfitri. Tidak hairan jika beliau disenangi semua segmen masyarakat berwarna-warni di Sipitang -- Kadayan, Bisaya, Brunei, Murut, Lundayeh, Lunbawang, Dusun Kadazan, Cina dan sebagainya.

Ketika ini, dia hanya berkesempa­tan bersama penduduk pada hujung minggu sahaja kerana Parlimen sedang bersidang -Isnin hingga Khamis. Ada waktunya, beliau sarapan pagi di Kuala Lumpur, makan tengah hari di Kota Kinabalu dan makan malam di Sipitang.

Waktu sudah hampir 10 pagi, saya beredar awal bersama beberapa pegawai lain ke Dewan Masyarakat Sipitang. Di situ, perwakilan Pergerakan Wanita Umno sudah mengambil tempat. Ketuanya, Datuk Surinam Sadikun, bersama barisan pimpinan menunggu di pintu utama untuk menyambut Datuk Sapawi yang tiba tepat pada masanya.

Selesai lagu-lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta dua lagu Umno dan Wanita Umno, disusuli ucapan Surinam, maka tiba giliran Sapawi menyampaik­an amanat dan menyempurn­akan acara perasmian.

Dalam nada dan intonasi penuh semangat, Sapawi memulakann­ya dengan mengimbau perjuangan parti keramat Umno di awal kemerdekaa­n sehingga kepada pengisiann­ya, cabaran masa lalu dan harapan masa depan.

Sesuai dengan acara majlis, fokus ucapannya berkisar kepada perjuangan Wanita Umno untuk parti, rakyat dan negara, sejak dahulu sampai sekarang, tanpa menidakkan sumbangan Pergerakan Pemuda dan Puteri.

Sesekali beliau mencuit hati perwakilan dengan kiasan, bahasa kampung dan dialek tempatan, untuk menyampaik­an mesej dan pesanan. Sesekali beliau meninggika­n suara dan sindiran tajam, tatkala menangkis hamburan dakyah pembangkan­g.

Yang jelas, mesej ucapannya sampai kepada audien. Beliau mengajak pimpinan Umno Sipitang khususnya merapatkan saf, memperkuat jentera menghadapi lawan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dari segi pembanguna­n, Sapawi menceritak­aan betapa Sipitang sungguh bertuah. Projek Sabah Ammonia dan Urea (Samur) di kawasan perindustr­ian minyak dan gas Sipitang (Sogip) merupakan pemangkin utama pembanguna­n ekonomi Sipitang.

Terletak dalam lingkungan koridor ekonomi minyak dan gas bersama Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), saluran paip gas dan loji janakuasa Kimanis, Sipitang turut mendapat nilai tambah yang signifikan menerusi pelaksanaa­n projek Pan-Borneo.

Sebagai anak jati kelahiran Sipitang, Sapawi mempunyai perancanga­n jangka panjang memajukan kawasan ini, malah berjaya mengubah landskap pembanguna­n dan ekonomi rakyat terbanyak.

Hari ini, pekan Sipitang yang menjadi persinggah­an utama pengunjung dari Brunei Darussalam dan Kalimantan serta negeri jiran Sarawak, menyediaka­n pelbagai kemudahan setaraf bandar lain.

Sinonim dengan Pesta Gasing dan Tamu Besar (GATA), pesta besar-besaran dua tahun sekali hasil cetusan idea Sapawi, Sipitang kini merupakan hab penting industri minyak dan gas serta baja urea selain kekal dengan industri kertas dan palpa, yang semuanya berfungsi menjana ekonomi setempat selain menyediaka­n ribuan peluang pekerjaan.

Kekal dengan nama jolokan ‘pekan Sate’, Sipitang kini memiliki esplanade menghadap Laut China Selatan yang menjadi mercu tanda statusnya sebagai bandar maritim di mana industri perikanan turut menjana ekonomi setempat.

Sebelum masuk gelanggang politik, Sapawi pernah menjadi pendidik serta penggerak minda Biro Tata Negara (BTN) cawangan Sabah sebagai pengarahny­a pada 1991.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Sipitang pada PRU 2008 dengan majoriti hampir 7,000 undi, dan kemudian mengulangi kemenangan manis itu pada PRU 2013.

Sebelum itu, Sapawi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin semenjak tahun 1994 dan mengekalka­nnya selama tiga penggal berturut-turut, sebelum beralih ke kerusi Parlimen.

Menariknya, selepas kemenangan pertama sebagai Adun, beliau dilantik sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri dan terus menyandang­nya untuk tujuh Ketua Menteri yang dilantik menerusi sistem penggilira­n -- Tun Sakaran Dandai, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Datuk Seri Panglima Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Seri Musa Aman.

Di bawah pimpinan Musa yang juga Menteri Kewangan, Sapawi menyandang seketika jawatan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri sebelum beralih sebagai Pembantu Menteri Kewangan.

Ucapan Sapawi di hadapan perwakilan Wanita Umno hari itu diakhiri dengan mengajak rakyat menadah tangan tanda kesyukuran atas nikmat kemakmuran yang dikecapi.

Baginya, apa yang dinikmati hari ini adalah hasil kebijaksan­aan pimpinan mentadbir negara, justeru perlu dipertahan­kan demi kelangsung­an dan masa depan.

Mendengar cerita dan pidatonya selama kira-kira 40 minit, begitu singkat terasa. Natijahnya, Sapawi bukan setakat seorang ‘politican’ yang bijak memimpin tapi lebih jauh dari itu merupakan seorang ilmuan, seorang pemikir dan seorang pentadbir yang bijaksana.

Seorang perwakilan di sebelah saya berbisik: “Inilah ucapan pemimpin mengakar di kampung, bahasanya mudah difahami orang biasa seperti saya.”

Selesai acara, saya dan rakan media lain kembali ke Rumah Rehat bagi menyelesai­kan tugas masingmasi­ng. Kebetulan musimnya, kami dijamu dengan durian sebelum berangkat pulang.

Hari ini, pekan Sipitang yang menjadi persinggah­an utama pengunjung dari Brunei Darussalam dan Kalimantan serta negeri jiran Sarawak, menyediaka­n pelbagai kemudahan setaraf bandar lain. Sinonim dengan Pesta Gasing dan Tamu Besar (GATA), pesta besar-besaran dua tahun sekali hasil cetusan idea Sapawi, Sipitang kini merupakan hab penting industri minyak dan gas serta baja urea selain kekal dengan industri kertas dan palpa, yang semuanya berfungsi menjana ekonomi setempat selain menyediaka­n ribuan peluang pekerjaan.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang, mengakrabi rakyat dan pengundi di kawasannya sebagai satu keluarga besar tanpa batas kaum dan agama. Dia menghadiri majlis keraian Krismas dan Tahun Baharu Cina sama seperti meraikan Aidilfitri. Tidak hairan jika beliau disenangi semua segmen masyarakat berwarna-warni di Sipitang -- Kadayan, Bisaya, Brunei, Murut, Lundayeh, Lunbawang, Dusun Kadazan, Cina dan sebagainya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia