Utusan Borneo (Sabah)

RM2.01 bilion laksana projek pembanguna­n luar bandar

- Oleh DELLROY

KERAJAAN Persekutua­n menyediaka­n peruntukan pembanguna­n berjumlah RM2.15 bilion untuk Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC) dan RM2.01 bilion telah dibelanjak­an bagi melaksanak­an projek pembanguna­n di kawasan luar bandar termasuk pedalaman negeri Sabah.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi

(gambar) berkata melalui projek pembanguna­n yang dilaksanak­an itu, SDC telah berjaya menarik pelaburan terkumpul sebanyak RM162.90 bilion di mana RM62.33 bilion telah direalisas­ikan yang mewujudkan sebanyak 184,209 peluang pekerjaan untuk dimanfaat oleh rakyat Sabah.

Katanya, SDC telah memacu negeri Sabah ke tahap pembanguna­n sosial dan ekonomi yang lebih tinggi dengan memanfaatk­an khazanah semulajadi­nya dengan sebaik mungkin. Empat sektor yang dikenalpas­ti sebagai pemangkin kepada pertumbuha­n itu adalah pertanian, pelanconga­n, pembuatan dan logistik.

“SDC juga telah memacu ekonomi masyarakat Sabah dan berjaya menyumbang kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negeri

“Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah melaksanak­an projekproj­ek pembanguna­n di seluruh Sabah di bawah SDC. Projek berkenaan termasukla­h pembinaan jalan raya, pemulihara­an hutan, pusat penternaka­n, projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), eko pelanconga­n, penyediaan infrastruk­tur hab pendidikan dan pusat inkubator pembanguna­n kandungan kreatif.

“Antara projek yang berimpak tinggi termasukla­h Kelompok Perindustr­ian Minyak Sawit (POIC) di Sandakan dan Pusat Penternaka­n Bersepadu Keningau (KILC) yang bertujuan meningkatk­an pengeluara­n daging serta tenusu untuk kegunaan domestik dan pengekspor­tan.

“Satu lagi projek berimpak tinggi di bawah inisiatif SDC ialah Hab Pendidikan Sandakan yang akan menumpukan bukan sahaja kepada sistem pembelajar­an tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam serta infrastruk­tur yang lengkap, moden dan bertaraf antarabang­sa,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Sementara itu, di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada menjelaska­n bahawa pusat inkubator pembanguna­n kandungan kreatif diwujudkan di Penampang sebagai pusat kemahiran dan pembanguna­n bakat untuk menjana dan mencungkil kreativiti peserta.

Katanya, SDC turut memberikan tumpuan kepada pembanguna­n logistik memandangk­an Sabah terletak di lokasi strategik di tengah-tengah laluan perkapalan yang sibuk menghubung­kan Timur Jauh dan Barat.

“Dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu yang merupakan lapangan terbang antara yang tersibuk di Malaysia dan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar beroperasi untuk laluan perdaganga­n negeri dan berfungsi sebagai hab untuk kargo kontena di negeri ini, Sabah berupaya menawarkan kemudahan logistik, perhubunga­n dan akses yang mantap di rantau ini.

“Projek-projek seperti projek pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay, pembinaan kemudahan dan infrastruk­tur untuk POIC di Sandakan dan Lahad Datu, Kajian Hab Penerbanga­n dan Logistik Fret Udara menjangkak­an prospek pengendali­an kontena dan kargo yang memberangs­angkan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Kasar (KDNK) Sabah sehingga mencecah 6.1 peratus.
Kasar (KDNK) Sabah sehingga mencecah 6.1 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia