Wanita galak teman lelaki bunuh diri dipenjara 15 bulan
NEW YORK: Seorang hakim kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun enam bulan terhadap seorang wanita berusia 20 tahun dari Massachusetts, dengan 15 bulan dijalani di dalam penjara, kerana menggalakkan teman lelakinya yang masih remaja agar meneruskan rancangan untuk membunuh dirinya sendiri.
Michelle Carter dalam keadaan menangis dengan tangannya digenggam dan matanya memandang ke bawah ketika mendengar nasibnya bagi kes Conrad Roy, yang meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida pada Julai 2014.
Dalam satu kes luar biasa dilihat sebagai sesuatu yang sangat baharu dalam keadaan dengan tiada undang-undang membantah menggalakkan tindakan bunuh diri, Carter telah membalas beratus-ratus pesanan ringkas dengan Roy, beberapa kali menggesa beliau agar meneruskan rancangannya untuk membunuh dirinya sendiri dan merahsiakan ia daripada ibu bapanya.
Pihak pembelaan berhujah bahawa Carter, yang berusia 17 tahun ketika itu, telah berdepan dengan masalah kemurungan, mengambil ubat antikemurungan serta meng-alami masalah pemakanan, semuanya memberikan kesan terhadap tindakannya.
Dia telah berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dalam penghukumannya di sebuah mahkamah juvana di Taunton, selatan Boston.
Namun Hakim Lawrence Moniz, yang mensabitkan Carter dengan pembunuhan tanpa sengaja pada Jun, menyatakan ia adalah penting untuk mengimbangi hukuman dan pemulihan bagi peranannya dalam kematian Roy di dalam trak pikapnya di sebuah tempat letak kereta.
Moniz berkata selepas dipenjarakan selama 15 bulan, baki tempoh hukumannya akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos, 2022. Hukuman itu akan kekal tertangguh sementara rayuan dijangka dilakukan.
Bapa Roy, juga bernama Conrad Roy, menuduh Carter mengeksploitasi masalah anak lelakinya yang berdepan dengan kemurungan bagi tindakan mengagungkan dirinya sendiri.
“Bagaimana Michelle Car-ter bersikap sebegitu kejam dan menggalakkan anak lelaki saya agar mencabut nyawanya sendiri? Di mana perasaan kemanusiaan dia?” tanya beliau.
“Saya berdoa bahawa ke-matiannya akan menyelamatkan nyawa satu hari nanti,” ibu Roy berkata dalam satu kenyataan yang dibaca oleh pendakwa raya, menyeru bagi perubahan dalam undang-undang bagi mengelak keluarga lain mengalami penderitaan yang sama.
Pihak pendakwaan telah menuntut hukuman penjara di antara tujuh dan 12 tahun, menuduh Carter sengaja merancang kematian Roy dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dan simpati.
“Tindakannya telah membunuh Conrad Roy. Dia mencabut nyawanya bagi kepentingan dirinya sendiri,” pendakwa raya memberitahu mahkamah.
“Dia tidak mahu bertanggungjawab,” kata beliau. “Dia tidak menunjukkan sebarang perasaan kesal”.
Peguam Carter telah menggesa hakim bagi hukuman yang lebih ringan, menyata-kan anak guamnya, memakai seluar merah dan sepasang blaus berwarna krim, berharap untuk membina karier dalam bidang hartanah selepas menamatkan pengajian dari sekolah tinggi, masih lagi menjalani kaunseling dan tidak mendatangkan bahaya terhadap orang awam.
“Ini adalah satu tragedi yang sangat teruk dan dia sangat menyesal bagi kejadian itu,” menurut Joseph Cataldo, memohon tempoh lima tahun bagi pengawasan dalam penyeliaan di samping syarat-syarat seperti kaunseling kesihatan mental.
Namun kes tersebut telah menyebabkan beberapa bahagian dalam pandangan perundangan mengenai sama ada tindakan Carter adalah malah mencukupi bagi memastikan satu pensabitan di bawah pembunuhan secara tidak langsung.
Dalam mensabitkan Carter, Moniz berkata ia adalah arahannya kepada Roy agar masuk semula ke dalam kenderaan – semasa satu panggilan telefon selepas Roy keluar darinya – dan kegagalannya untuk menghubungi pihak kecemasan yang mana penting bagi keputusan bersalah.
Pihak pendakwaan me-nyatakan Carter terus berada dalam talian telefon mendengar teman lelakinya ketika beliau meninggal dunia di dalam trak.
“Dia tidak menghubungi sesiapapun,” Moniz menyatakan pada Jun, di sebalik Carter mengetahui di mana Roy berada dan mempunyai nombor telefon keluarganya, “Serta akhirnya, dia tidak mengeluarkan arahan tambahan yang mudah: ‘Keluar dari trak tersebut.’”
Beliau menolak satu teori bagi kemabukan tidak sengaja yang dinyatakan oleh ahli psikiatri Peter Breggin, seorang saksi pembelaan yang memberi keterangan bahawa perubatan Carter sendiri telah mengganggu tahap pemikirannya. — AFP