Utusan Borneo (Sabah)

‘Ranau dilanda musim durian lagi’

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Daerah Ranau dilanda musim durian lagi tahun ini, dengan para peniaga dan pemborong menawarkan pelbagai jenis durian pada harga serendah RM10 hingga RM60 sekilo berdasarka­n jenis (klon) buah durian.

Tinjauan ke beberapa lokasi permis dan gerai buah-buahan terutama pasar terbuka pekan Ranau pada Jumaat mendapati, sudah mula kelihatan longgokan pelbagai jenis buah durian dari para pekebun sekitar daerah berkenaan khususnya petani dari kawasan DUN Paginatan dan DUN Kundasang.

“Pada kebiasaann­ya, apabila masuk bulan Ogos, kami sudah mula mendapat banyak bekalan buah durian dari para pekebun, tetapi tahun ini agak kurang,” jelas dua orang peniaga buahbuahan, Rosminah Judin, 62, dari Kg. Lohan Ulu dan Beatrice Awang Rashid, 40, dari Kg. Gana-Gana Ranau.

Rosminah menjual buah durian jenis ‘Apakia’ dengan harga RM30 sekilo, Musang King RM60 sekilo, manakala Beatrice menjual durian jenis durian Susu, Sarawak King dan durian Kunyit serta duarian biasa dengan harga RM10 hingga RM25 sekilo.

Penjual dan pekebun durian Kerozel Muti, 30, juga dari Kg. Gana-Gana berkata, musim buah durian di daerah itu biasanya bermula Ogos sehingga November pada setiap tahun.

“Bagaimanap­un tahun ini buah durian agak kurang menjadi atas faktor cuaca yang tidak menentu,” jelasnya.

Salah seorang pengunjung pasar terbuka pekan Ranau Minah Abdullah, 18, dari Kg. Lohan Ulu berkata, dia amat meminati buah durian Ranau kerana rasanya manis, beraroma dan wangi.

Dalam pada itu Masrinah Rimin, 56, dari Kg. Lohan Ulu mendedahka­n bahawa kadang-kadang ramai pelanggan tertipu, bilamana ada penjual buah durian yang mendapatka­n bekalan dari daerah lain untuk dijual di Ranau semata-mata inginkan jenama ‘Durian Ranau’ yang rasanya manis dan wangi kepada orang ramai.

Namun katanya, inilah cara mereka untuk melariskan jualan buah durian mereka.

“Kita minta pihak berwajib supaya mengenalpa­sti para penjaja yang tidak bertanggun­gjawab seperti ini dan tidak membenarka­n mereka berjualan durian di sini kerana ia menjejaska­n nama baik daerah Ranau,” jelas Masrinah.

Sementara itu seorang lagi penjual buah durian di Pondok Tiga pekan Ranau Nuriwan Sarubi, 29, dari Kg. Samparita Kota Marudu turut menyokong supaya pihak berwajib Majlis Daerah Ranau (MDR) tidak membenarka­n penjual buah durian dari daerah lain menjual durian di pekan Ranau.

 ??  ?? MINAH peminat buah durian Ranau.
MINAH peminat buah durian Ranau.
 ??  ?? MASRINAH mencadangk­an jangan ada peniaga buah durian dari luar daerah Ranau.
MASRINAH mencadangk­an jangan ada peniaga buah durian dari luar daerah Ranau.
 ??  ?? NORIWAN (kiri) bersama rakanya dari Kg. Samparita Kota Marudu.
NORIWAN (kiri) bersama rakanya dari Kg. Samparita Kota Marudu.
 ??  ?? PENULIS (kiri) bersama dua peniaga buah durian Ranau.
PENULIS (kiri) bersama dua peniaga buah durian Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia