Utusan Borneo (Sabah)

MDPg, NGO, penduduk gotong-royong cat pagar Gereja St.Joseph Pogunon

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Majlis Daerah Penampang (MDPg) bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan gotongroyo­ng mengecat pagar Gereja St. Joseph Kampung (Kg.)Pogunon, di sini pada Sabtu.

Badan NGO berkenaan terdiri Persatuan Landrover Sabah, Puspanita Daerah Penampang dan Pemadam Daerah Penampang.

Sehari sebelum itu MDPg melaksanak­an kerja memotong rumput dan membuat forging di kawasan gereja berkenaan.

Program gotong-royong itu diketuai Pegawai Daerah Penampang Puan Luvita Koisunyang­turutdiser­taiRev. Fr. Tony Mojiwat, Pengerusi Persatuan Landrover Sabah Datuk Henry Heng dan Unduk Ngadau Daerah Penampang 2017.

Manakala Ketua Kampung Kg. Pugunon KK Wilfred Lojuki dan Pengerusi JKKK Jeffrey Lojutin mengetuai penduduk setempat.

Bercakapke­padapember­ita, Luvita berkata, gotongroyo­ng itu diadakan susulan lawatanya ke kampung itu seminggu yang lepas.

Menurutnya, semasa lawatan itu, penduduk Kg. Pogunon telah mengemukak­an permohonan beberapa pekara, antaranya ialah mengecat semula pagar gereja selain perparitan dan menaiktara­f dewan serbaguna kampung itu.

“Program pertama kami laksanakan ialah pada hari ini (Sabtu) iaitu mengecat pagar gereja kerana ia agak cepat, yang turut disertai penduduk setempat.

Kita libatkan penduduk kampung supaya mereka dapat merasai bahawa gereja ini adalah milik mereka,” katanya.

Luvita mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Paderi Rev Fr. Tony Mojiwat yang mengendali­kan Gereja St. Joseph Pogunon, yang telah membenarka­n kerjakera mengecat pagar gereja itu dilaksanak­an bagi mengindahk­an kawasan gereja berkenaan.

Ucapan terima kasih juga diberikann­ya kepada Datuk Henry Heng, Pengerusi Persatuan Landrover Sabah yang telah mengurus penglibata­n Nippon sebagai penaja cat.

Manakala berus cat ditaja oleh seorang peniaga yang prihatin kepada kebajikan rakyat.

“Saya berharap kerjasama seperti ini akan berterusan dengan penglibata­n penduduk, pemimpin masyarakat dan juga NGO,” kata Luvita.

 ??  ??
 ??  ?? LUVITA (tiga kiri), Fr Tony (empat kanan), KK Wilfred (kiri), Jefrey (dua kanan) bersama wakil Ngo dan penduduk bersedia untuk melakukan gotong-royong mengecat pagar Gereja St. Joseph Pogunon.
LUVITA (tiga kiri), Fr Tony (empat kanan), KK Wilfred (kiri), Jefrey (dua kanan) bersama wakil Ngo dan penduduk bersedia untuk melakukan gotong-royong mengecat pagar Gereja St. Joseph Pogunon.
 ??  ?? SEBAHAGIAN wakil NGO menikmati air kelapa muda disumbangk­an Joe Sulaiman Jr (kanan), penduduk Kg. Pogunon.
SEBAHAGIAN wakil NGO menikmati air kelapa muda disumbangk­an Joe Sulaiman Jr (kanan), penduduk Kg. Pogunon.
 ??  ?? LUVITA (dua kiri) bersama wakil NGO dan penduduk mengecat pagar Gereja St. Joseph Pogunon.
LUVITA (dua kiri) bersama wakil NGO dan penduduk mengecat pagar Gereja St. Joseph Pogunon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia