Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas hilang ditemukan dalam keadaan selamat

-

KUCHING: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di Jalan Gedong, Serian sejak Selasa lalu berjaya ditemukan dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung sekitar jam 10 pagi Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa berusia yang 62 tahun dan berasal dari Kampung Semukoi, Serian dijumpai kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

“Mangsa dilaporkan berjaya dijumpai oleh penduduk kampung yang kebetulan pergi memancing pagi tadi (Khamis) iaitu kira-kira tiga kilometer daripada tempat kejadian.

“Mangsa yang dalam keadaan keletihan dan lemah kemudian dibawa ke Hospital Serian oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatka­n rawatan,” katanya

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai oleh 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, 15 anggota polis, emkpat anggota APM dan kira-kira 30 penduduk kampung ditamatkan pada jam 11 pagi.

Difahamkan, mangsa pada pagi Selasa lepas telah keluar dari rumahnya untuk memancing dan tidak pulang sehingga pagi Rabu menyebabka­n keluargany­a terus melaporkan kepada pihak polis.

Operasi SAR dilancarka­n sekitar tengah hari Rabu lepas sebaik pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian yang turut disertai penduduk kampung serta APM dan berjaya menjumpai motosikal mangsa.

Lokasi pencarian kemudian ditumpukan di sekitar tempat motosikal mangsa ditemui sebelum operasi ditangguhk­an sekitar jam 6 petang dan disambung semula pada jam 8 pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia