Utusan Borneo (Sabah)

Padah pandu melulu

Tindakan terburu-buru pemandu 4WD pintas kenderaan lain menyebabka­n penunggang motosikal maut dirempuh

-

KOTA SAMARAHAN: Tindakan seorang lelaki yang dikatakan terburu-buru memintas sebuah kenderaan lain menyebabka­n seorang penunggang motosikal terbunuh akibat dirempuh dalam satu kemalangan di Jalan Kota SamarahanE­senggei pada Rabu.

Difahamkan, mangsa Mohammad Bolhassan Ismail berusia 27 tahun dan berasal dariKampun­gLubukPung­gur, Simunjan semasa kejadian dipercayai dari kampungnya menuju ke Kota Samarahan iaitu sekitar jam 10 malam.

Bagaimanap­un, difahamkan setibanya di tempat kejadian, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh mangsa.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang bergerak lurus dari arah Simunjan tiba-tiba berlanggar dengan sebuah 4WD yang bergerak dari arah Kota Samarahan menuju ke Simunjan.

"Dipercayai, 4WD itu semasa kejadian cuba memotong kenderaan lain dan memasuki laluan mangsa lalu melanggar mangsa yang tidak sempat mengelak," kata sumber.

Mangsa yang tercampak beberapa meter dari tempat kejadian kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Sarawak DSP Bingkok John.

Menurut Bingkok, pemandu 4WD terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

"Siasatan di tempat kejadian sudah dijalankan dan difahamkan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini(Khamis)) jam 10 pagi," katanya.

Dipercayai, 4WD itu semasa kejadian cuba memotong kenderaan lain dan memasuki laluan mangsa lalu melanggar mangsa yang tidak sempat mengelak. DSP BINGKOK JOHN Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Sarawak

 ??  ?? KEADAAN di tempat kejadian selepas kemalangan itu.
KEADAAN di tempat kejadian selepas kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia