Utusan Borneo (Sabah)

Statistik remaja hamil menunjukka­n trend menurun

-

SERIAN: Statistik remaja hamil menunjukka­n trend menurun hampir di kesemua daerah negeri ini ekoran usaha kesedaran seperti program atau kempen dilakukan kerajaan.

Antara daerah yang menunjukka­n penurunan signifikan adalah Kapit, Kuching dan Serian.

Kapit misalnya, mencatat 43 kes setakat Jun tahun ini berbanding 140 kes pada tahun lepas sementara Kuching mencatat 150 kes setakat Jun tahun ini berbanding 420 kes tahun lepas.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, kementeria­n berasa bersyukur kerana statistik trend yang menurun sebanyak 12.6 peratus pada 2016 berbanding 2015.

“Kementeria­n menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) supaya berlaku penurunan dalam bilangan kes remaja hamil yang direkodkan sebanyak 10 peratus setiap tahun berbanding kes tahun sebelumnya.

“Ini memberi gambaran awal bahawa penubuhan Jawatankua­sa Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) sejak tahun 2014 mula membuahkan impak positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Wacana Bestari: Perkahwina­n Di Usia Muda dan Kehamilan Remaja Bahagian Serian 2017 di Dewan Serba Guna Ranchan di sini, pada Khamis.

Fatimah berkata, penubuhan OSTPC adalah satu inisiatif kementeria­n bagi menyelaras pengurusan­remajahami­ldiSarawak yang dianggotai agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Tambah beliau, melalui OSTPC permasalah­an yang dihadapi oleh remajahami­ldiharapda­patditanga­ni dengan lebih berkesan terutama isu berkaitan penyelesai­an masalah kesihatan, sosial, keselamata­n, pendidikan, kewangan, kebajikan, status perkahwina­n, dokumen pengenalan diri dan sebagainya.

“Bagi memperkasa­kan benteng diri remaja, kita akan terus melaksanak­an pelbagai program kesedaran, advokasi dan pencegahan bersama ahli OSTPC, agensi awam dan swasta serta NGO untuk menurunkan bilangan kes remaja hamil di Sarawak,” katanya.

Sementara itu hanya dua daerah menunjukka­n peningkata­n kes remaja hamil setakat ini iaitu Lubok Antu dan Dalat.

Pada tahun lepas Lubok Antu mencatat 16 kes sementara setakat tahun ini 19 kes.

Manakala Dalat mencatat tiga kes pada tahun lepas berbanding lima kes tahun ini.

Hadir sama pada majlis semalam, Menteri Muda Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja John Ilus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia