Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah kampung semarak patriotism­e

Pelajar SMK Limbanak edar bendera kepada penduduk kampung

-

PENAMPANG: Lebih 400 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak mengagihka­n bendera di sekitar Kampung (Kg) Limbanak.

Bendera telah dibekalkan oleh Jabatan Penerangan dalam Kempen Kibar dan Jelajah Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan, pada pagi Jumaat.

Pengetuany­a Denis Gompion berkata, para pelajar bersemanga­t berjalan kaki sejauh dua kilometer sambil menyanyika­n lagu-lagu patriotik yang dipasangka­n melalui kenderaan Jabatan Penerangan.

“Jika pelajar-pelajar dapat menghayati sepenuhnya program yang kita jalankan pada hari ini, sebenarnya mereka telah menghabisk­an satu bab matapelaja­ran sejarah kemerdekaa­n Malaysia,”katanya.

Menurutnya, program ini diadakan supaya pelajar dapat memahami nilai-nilai kemasyarak­atan melalui aktivitime­njelajahke­kampung dan membantu mengibarka­n bendera di samping boleh dijadikan sebagai salah satu kerja sosial.

Tambahnya lagi, jika dengan hanya memasang bendera di pagar sekolah, pelajar-pelajar hanya akan melihatnya sahaja tanpa ada perasaan namun, dengan aktiviti luar sebegitu bukan hanya menarik minat pelajar tetapi juga masyarakat sekeliling Kg. Limbanak.

“Selepas jelajah ke kampung tadi, pelajar-pelajar juga bersama-sama menurunkan cap tangan ke kain rentang yang berukuran 50 meter untuk menunjukka­n aspirasi mereka dengan sambutan Hari Kebangsaan,”ujarnya.

Antara aktiviti lain bagi menyemarak­kan semangat patriotik di kalangan pelajar adalah Pertanding­an Hiasan Bilik Darjah dengan tawaran hadiah beserta sijil.

“Kami juga akan adakan Pertanding­an Pidato Merdeka dan Kuiz Kenegaraan pada setiap Isnin di dalam perhimpuna­n serta mengadakan pameran yang memaparkan gambargamb­ar semasa proses kemerdekaa­n,”katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Penampang Edi Rizam Kasim berkata, sebanyak 150 buah bendera pelbagai saiz telah dibekalkan oleh jabatan untuk kegunaan pihak sekolah.

“Ini merupakan salah satu programyan­gdijalanka­nuntuk menyemai dan menyebarka­n mesej bulan kemerdekaa­n kepada seluruh lapisan masyarakat selaras dengan saranan Perdana Menteri kita,”katanya ketika ditemui selepas program itu.

Oleh itu katanya, jabatan akan mulakan program ini di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat daerah yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta.

“Seperti yang kita lihat tadi, belum ada bendera yang dipasang di hadapan rumah dan kita beranggapa­n, kita masih berada di awal bulan tapi kita sudah mulakan seawal hari ini dengan pemasangan bendera oleh pelajar-pelajar tadi,”katanya.

Menurut Edi, Pejabat Penerangan Daerah akan menganjurk­an Kembara Berbasikal pada 23 Ogos dengan jangkaan penyertaan seramai 100 buah basikal melibatkan agensi kerajaan dan swasta.

“Peserta-peserta akan berkumpul di Pejabat Daerah dan seterusnya berbasikal ke beberapa buah kampung mengedarka­n bendera dan juga menaikkann­ya di tiangtiang sekolah di samping pertanding­an basikal berhias,”jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Richard Godomon berkata, Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa melaksanak­an usahausaha untuk meningkatk­an semangat patriotism­e di kalangan pelajar dengan merangka satu jawatankua­sa dan pelancaran di peringkat daerah.

“Sebenarnya kita agak sedih dengan sikap para pelajar lebih-lebih lagi dengan isu pergaduhan yang timbul baru-baru ini yang berlaku di Kunak.

“Kalau kita ada semangat perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan pelajar, pasti perkara tersebut tidak berlaku,”katanya.

Menurutnya, semangat kekitaan menerusi kemerdekaa­n itu sendiri boleh mengajar dan memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar supaya menghormat­i antara satu sama lain.

“Ia juga dapat mengajar semangat kepelbagai­an yang ada dalam rakyat Malaysia di mana maksud kemerdekaa­n itu juga kita berkongsi hasil kemerdekaa­n untuk kita sama-sama nikmati hasilnya,”katanya.

Tambahnya, keharmonia­n yang kita rasai sekarang seharusnya kita jaga dan jangan digugat sehingga perpaduan tersebut berpecah belah dan menimbulka­n masalah di kemudian hari.PENERANGAN

Jika pelajar-pelajar dapat menghayati sepenuhnya program yang kita jalankan pada hari ini, sebenarnya mereka telah menghabisk­an satu bab matapelaja­ran sejarah kemerdekaa­n Malaysia. DENIS GOMPION Pengetua SMK Limbanak

 ??  ??
 ??  ?? MEGAH dan bangga mengibarka­n bendera. DEWAN SMK Limbanak yang gegak gempita dengan nyanyian patriotik para pelajar.
MEGAH dan bangga mengibarka­n bendera. DEWAN SMK Limbanak yang gegak gempita dengan nyanyian patriotik para pelajar.
 ??  ?? RICHARD (kanan) ketika menandatan­gani kain rentang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n.
RICHARD (kanan) ketika menandatan­gani kain rentang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n.
 ??  ?? EDI (kiri) bersama Richard (dua dari kiri) dan Denis sewaktu melancarka­n gimik program.
EDI (kiri) bersama Richard (dua dari kiri) dan Denis sewaktu melancarka­n gimik program.
 ??  ?? DENIS(kanan) meninggalk­an cap tangan pada kain rentang.
DENIS(kanan) meninggalk­an cap tangan pada kain rentang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia