Utusan Borneo (Sabah)

Peguam, pembantu direman lima hari

Siasatan kes FIC oleh SPRM

-

PUTRAJAYA: Seorang peguamdanp­embantuwan­ita direman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC).

Kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, sekitar 4 petang Khamis.

Sumber SPRM berkata, peguam berusia 44 tahun itu beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek wanita berusia 29 tahun merupakan pembantu perundanga­n firma undang-undang itu.

Mereka disyaki terbabit menguruska­n proses dokumentas­i perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC, katanya.

Perintah reman bermula Jumaat hingga 8 Ogos itu dikeluarka­n Majistret Muhamad Safuan Azhar yang membenarka­n permohonan SPRM untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Muhamad Safuan memerintah­kan reman bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC disambung selama empat hari bermula esok untuk membantu siasatan kes sama.

Terdahulu, di mahkamah sama tiga pengarah syarikat yang direman sebelum ini bagi membantusi­asatanberh­ubung pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak pada 2014 dibebaskan hari ini dengan jaminan tunai RM20,000 dan jaminan SPRM RM200,000 setiap seorang.

Individu itu ialah pengarah syarikat yang juga pemilik hotel tersebut ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 petang Sabtu lalu manakala dua lagi ditahan SPRM pada Ahad merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruska­n pembelian hotel berkenaan. - Bernama

“Perintah reman bermula Jumaat hingga 8 Ogos itu dikeluarka­n Majistret Muhamad Safuan Azhar yang membenarka­n permohonan SPRM untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 ??  ?? PERINTAH reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) disambung selama empat hari bermula esok manakala seorang peguam dan pembantu wanita ditahan reman lima hari bermula Jumaati bagi membantu siasatan kes pembelian...
PERINTAH reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) disambung selama empat hari bermula esok manakala seorang peguam dan pembantu wanita ditahan reman lima hari bermula Jumaati bagi membantu siasatan kes pembelian...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia