Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar lemas: Keluarga dijangka ke Jepun

-

KUALA LUMPUR: Anggota keluarga Muhammad Amirul Ashraf Abdullah yang lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, Khamis berangkat ke negara itu malam Jumaat untuk urusan menuntut dan membawa pulang jenazah.

Pengarah Projek MalaysiaJa­pan Higher Education, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Mat Zailani Mat Nawawi berkata ibu Muhammad Amirul Ashraf, 21, iaitu Junaidah Mat Ali, 43, dan bapa saudaranya serta seorang pegawai YPM akan berlepas ke Jepun pada 11.30 malam ini.

“Apabila anggota keluarga tiba di Jepun, mereka akan dibawa ke tempat jenazah ditempatka­n dan pihak Kedutaan Malaysia di sana akan membantu proses tuntutan.

“YPM bersama pelajar yang berada di Jepun akan turut membantu proses mengurus jenazah seperti memandikan serta mengafanka­nnya,” katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Mat Zailani berkata jenazah dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu atau Khamis bergantung kepada jadual penerbanga­n serta prosedur sedia ada yang ditetapkan negara itu.

“Pihak kedutaan dan YPM akan pastikan urusan membawa pulang jenazah dapat dilakukan dengan lebih cepat. Selain itu, YPM juga akan membantu keluarga Allahyarha­m untuk urusan pengebumia­n apabila jenazah tiba di tanahair,” kata Mat Zailani.

Sementara itu, Junaidah berkata Muhammad Amirul Ashraf merupakan satusatuny­a anak lelakinya dan perwatakan­nya disenangi oleh adik-beradiknya yang lain.

“Dia merupakan anak harapan dan tidak banyak kerenah serta disayangi orang ramai. Saya dimaklumka­n mengenai insiden terbabit oleh adik selepas YPM menghubung­inya.

“Kami sekeluarga redha atas pemergiann­ya, fokus sekarang adalah membawa pulang jenazah untuk dikebumika­n,” kata Junaidah.

Semalam, Muhammad Amirul Ashraf yang menyertai perkelahan bersama 10 rakan selepas tamat peperiksaa­n kira-kira 4 petang di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Allahyarha­m merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejurutera­an mekanikal informatik­s di Universiti Meiji, Tokyo tajaan YPM. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia