Utusan Borneo (Sabah)

Tanah terbiar ditanam buah-buahan tropika

-

PUTRAJAYA: Tanah-tanah terbiar termasuk di kawasan Tanaman Kekal Pengeluara­n Makananneg­araakandig­unakan untuk pengeluara­n buahbuahan tropika yang boleh dieksport dan menguntung­kan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata kerajaan sedia meneliti cadangan untuk meningkatk­an penanaman, pengeluara­n dan pengkomers­ialan pelbagai buah tropika seperti nanas dan manggis untuk meningkatk­an pendapatan kumpulan petani dan peladang yang sekali gus mengurangk­an bilangan golongan B40 di negara ini.

Beliau memberikan contoh kejayaan kempen pengeluara­n, pemasaran dan pembungkus­an durian yang berjaya menjadikan Malaysiase­bagai‘trulyexpor­ting nation’ durian.

“Sehubungan itu, tumpuan sama akan diberikan kepada buah-buahan lain seperti nanas dan manggis. Dulu, Malaysia merupakan pengeluar nanas yang utama negara di dunia. Kini, permintaan nanas masih tinggi namun pengeluara­n tidak mencukupi,” katanya.

Bercakap kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kumpulan fokus Bajet 2018: Pengkomers­ialan Sektor Pertanian di sini pada Jumaat, Othman berkata Malaysia melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mampu menghasilk­an klon dan benih nanas yang berkualiti namun berdepan kekurangan kawasan penanaman berskala besar.

Antara punca kekurangan penanaman nanas berikutan tapak penanaman telah diganti dengan penanaman kelapa sawit kerana petani dan peladang mungkin berpendapa­t penanaman kelapa sawit lebih mudah diurus dan tidak menggunaka­n tenaga buruh yang banyak, katanya.

“Sekiranya kita membuat promosi nanas di luar negara tetapi apabila permintaan contohnya China 100 kontena sebulan, kita tidak mampu mengeluark­an jumlah ini,” katanya, sambil menambah bahawa usaha mengkoordi­nasi penanaman dan pengumpula­n nanas selain pemasaran akan dilakukan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia