Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Vokasional Labuan juara

Pertanding­an Bola Sepak VOKTEK Peringkat Kebangsaan

-

LABUAN: Kolej Vokasional Labuan (KVL) muncul johan dalam pertanding­an bola sepak di Karnival Vokasional dan Teknik (VOKTEK) peringkat kebangsaan yang diadakan di Stadium UiTM Sri Iskandar, Perak pada 21 Julai 2017.

Pasukan itu bergelar juara selepas menewaskan Johor menerusi sepakan penalti 4-3.

Di separuh akhir, pasukan KV Labuan mendapat tentangan sengit daripada Kelantan sebelum menang tipis 1-0.

Dengan kemenangan KV Labuan dalam acara bola sepak itu telah membantu kontinjen Zon Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk muncul johan keseluruha­n Karnival VOKTEK peringkat kebangsaan buat kali ke-3.

Kemenangan itu tambah bermakna apabila Abdul Qawi Sapar pula terpilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut.

Selain pasukan bola sepak, pasukan ragbi daripada KV Labuan juga berjaya menggondol johan Bowl dalam karnival tersebut.

Kontinjen Zon Sabah dan Labuan juga menjuarai pertanding­an bola tampar lelaki yang diwakili KV Kudat, naib johan softball dan bola tampar perempuan yang juga diwakili KV kudat.

Sementara pasukan bola jaring yang diwakili KV Keningau pula menduduki tempat ketiga.

Menurut pengurus pasukan, Jetan Gunak kemenangan itu sebenarnya adalah hasil pembanguna­n sukan bola sepak di KV Labuan yang berterusan selain daripada sokongan dan komitmen daripada pentadbira­n kolej dan jurulatih.

“Kejayaan itu juga memberikan satu kepuasan yang tidak berbelah bagi kerana kejayaan ini merupakan kejayaan sulung di peringkat kebangsaan,”katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Pengoperas­ian, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Ahmad Tajudin Jap.

Sementara itu, pasukan bola sepak KV Labuan telah diraikan dalam satu majlis ringkas di Tiara Hotel oleh pengurusan KV Labuan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak KV Labuan, Jetan Gunak, Mohd Faiz, Johnston, penaja tetap jersi pasukan KV Labuan (Labuan Art Gallery), jurulatih dan pengurus pasukan ragbi Sylvester Binson dan Andari Simin.

Hadir sama ialah Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Puan Hajah Siti Muslihah Haji Leeudin dan suami serta Ramlan Silamat dan Azmi Omar yang telah membantu melatih pasukan bola sepak KV Labuan.

Hajah Siti Muslihah mengucapka­n setinggiti­nggi penghargaa­n dan terima kasih kepada penaja, pengurus pasukan dan jurulatih yang merupakan Alumni Sekolah Menengah Teknik Labuan (sebelum naik taraf menjadi Kolej Vokasional) atas usaha gigih, kesabaran, pengorbana­n dan wawasan mereka membimbing, melatih dan melahirkan pemain yang hebat, berdisipli­n, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan semangat juang yang kental.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada para pemain bola sepak KV Labuan atas kejayaan dapat beraksi di pentas final yang turut disaksikan pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, pengarahpe­ngarah KV, pengetua SMT dan kontinjen daripada semua zon yang bertanding.

 ??  ?? PASUKAN bola sepak Kolej Vokasional Labuan juara Pertanding­an Bola Sepak VOKTEK Peringkat Kebangsaan 2017.
PASUKAN bola sepak Kolej Vokasional Labuan juara Pertanding­an Bola Sepak VOKTEK Peringkat Kebangsaan 2017.
 ??  ?? Gbr2- PASUKAN ragbi Kolej Vokasional Labuan juara kategori Bowl.
Gbr2- PASUKAN ragbi Kolej Vokasional Labuan juara kategori Bowl.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia