Utusan Borneo (Sabah)

Jardim yakin Mbappe fokus bantu Monaco pada aksi pembukaan Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim berasa yakin penyerang remajanya, Kylian Mbappe, akan memberikan sepenuh fokus untuk kempen kelabnya mempertaha­nkan kejuaraan Ligue 1 Perancis apabila bertandang ke Toulouse hari ini, walaupun dikaitkan dengan satu perpindaha­n lumayan ke Real Madrid.

Monaco mengejutka­n Paris Saint Germain (PSG) untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak 17 tahun, tetapi PSG menambah lagi kekuatan pasukan dan dijangka akan membeli penyerang Barcelona, Neymar dengan rekod perpindaha­n dunia berjumlah 222 juta euro.

Kejayaan Monaco musim lepas, di mana mereka juga melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, dibina dari skuad muda, termasuk Mbappe yang berusia 18 tahun.

Tetapi mereka akan memulakan musim baharu dengan skuad yang berbeza selepas Bernardo Silva dan Benjamin Mendy berpindah ke Manchester City sementara Tiemoue Bakayoko berpindah ke Chelsea dan penyerang Valere Germain membuat keputusan menyertai Marseille.

Namun Mbappe, yang menjaringk­an 15 gol liga dan enam gol dalam Liga Juara-Juara musim lepas, masih pemain Monaco dan Jardim tidak fikir beliau terjejas dengan spekulasi perpindaha­n sepanjang pramusim yang sukar.

“Mbappe tidak menjaringk­an gol semasa pramusim, tetapi beliau bekerja-keras,” kata beliau ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab Rabu lepas.

“Anda boleh bercakap dalam padang. Seorang pemain berprofail tinggi tidak memerlukan motivasi.”

Pemain pertahanan tengah, Kamil Glik, adalah salah seorang pemain yang tiba di Monaco setahun yang lalu tetapi menandatan­gani kontrak baharu pada penutup musim, bersamasam­a Djibril Sidibe, yang tidak dapat beraksi pada perlawanan pembukaan musim menentang Toulouse kerana kecederaan.

“Mbappe adalah sama seperti dua atau tiga bulan yang lalu, saya tidak melihat sebarang perbezaan,” kata Glik.

“Kami akan cuba seperti musim lepas. Kami adalah juara, kami harus mempunyai citacita yang tinggi. Pemain yang tiba boleh melakukan seperti pemain yang sudah pergi,” katanyaAFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia