Utusan Borneo (Sabah)

Neymar berjanji cetus ‘kebanjiran’ piala di PSG

-

PARIS: Superstar Brazil Neymar berjanji untuk mencetuska­n ‘kebanjiran’ piala di Paris Saint Germain (PSG) setelah meny- etujui perjanjian selama lima tahun dengan perpindaha­n rekod dunia 222 juta euro (RM1.07 bilion) dari Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu akan mendapat 20 juta euro (RM96 juta) setahun yang sukar dibayangka­n di Paris tetapi menegaskan dia akan membuktika­n nilai diri bagi kelab Perancis milik warga Qatar yang bercita-cita tinggi tetapi belum mencapai prestasi sebenar. “Saya amat gembira untuk menyertai Paris SaintGerma­in,” kata Neymar. “Sejak saya tiba di Eropah, kelabinime­rupakan antara yang sentiasa paling berdaya saing dan paling bercita-cita tinggi. Dan cabaran terbesar, perkara yang paling mendorong saya untuk menyertai rakan sepasukan baharu adalah untuk membantu kelab ini menakluki kejuaraan yang diinginkan oleh penyokong mereka. “Cita-cita PSG menarik saya ke kelab ini, selain kesungguha­n d a n tenaga yang dibawanya. Saya bermain empat musim di Eropah dan saya rasa bersedia untuk menyahut cabaran ini.

“Dari hari ini, saya akan melakukan segalanya yang termampu untuk membantu rakan sepasukan saya yang baharu, untuk membuka lembaran baharu bagi kelab saya dan membawa kegembiraa­n kepada jutaan penyokongn­ya di seluruh dunia.”

PSG berkata Neymar akan diperkenal­kan di satu sidang akhbar di stadium kelab Parc des Princes pada 1130GMT Jumaat (waktu tempatan).

Dia kemudian akan berjumpa dengan penyokong di stadium yang sama pada Sabtu sebelum perlawanan pembukaan musim Ligue 1 menentang kelab yang dinaikkan ke liga utama Amiens.

PSG tidak membuang masa untuk menekankan nilai komersil Neymar dengan menggunaka­n jersi yang tertera namanya akan dijual bermula dari Jumaat di kedai mega kelab di Champs Elysees yang ikonik di Paris.

Legenda bola sepak Pele mengucapka­n tahniah kepada Neymar di atas perpindaha­nnya, dan memberitah­u penggantin­ya dalam jersi nombor 10 Brazil yang masyhur: “Semoga berjaya dalam cabaran baharu anda.”

“Paris adalah sebuah bandar raya yang cantik dan antara yang saya gemari di dunia,” tulis Pele, pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali, dalam Twitter.

Perpindaha­n itu adalah lebih dua kali ganda rekod dunia sebelum ini yang dicipta oleh Manchester United ketika ia mendapatka­n Paul Pogba dari Juventus pada tahun lepas dengan kos 105 juta euro (RM504 juta), yang membuat ramai pengulas tergamam dengan inflasi yang berleluasa dalam yuran perpindaha­n bola sepak.

Jurulatih terkemuka seperti Arsene Wenger di Arsenal dan Jose Mourinho di Manchester United mengadu bahawa langkah itu boleh menyebabka­n inflasi yang jauh lebih tinggi dalam yuran perpindaha­n dan gaji pemain.

“Inflasi juga kelihatan seperti semakin meningkat,” kata Wenger, yang mencorakka­n pengurusan­nya selama 21 tahun di Arsenal dengan perbelanja­an yang cermat.

“Ia melangkaui perkiraan dan kerasional­an.”

Bagaimanap­un, di ibu negara Perancis, keterujaan begitu tinggi di PSG selepas berjaya mendapatka­n seorang bintang ternama untuk akhirnya menjadikan mereka digeruni dalam kalangan pasukan-pasukan elit dalam bola sepak Eropah, malah Presiden Perancis Emmanuel Macron juga bersemanga­t.

“Ia menambah sesuatu yang menarik. Ya, ia adalah berita baik,” kata Macron.

“Neymar ke PSG – perpindaha­n terbesar pada abad ini,” kata muka depan akhbar Le Parisien kelmarin dengan lima muka depan pertama diabadikan kepada ketibaanny­a.

Suasana lebih suram di Barcelona di mana perhatian beralih kepada pemain yang kelab Catalan itu dapat tandatanga­ni bagi menggantik­an Neymar dalam bulan sebelum jendela perpindaha­n ditutup.

Rakan antarabang­sa Neymar dalam pasukan kebangsaan Brazil, Philippe Coutinho dari Liverpool dan Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund, telah dikaitkan.

Keraguan juga wujud mengenai peranan yang dimainkan oleh pemilik PSG, Oryx Qatar Sports Investment­s (QSI), pada waktu krisis politik bagi negara yang kaya dengan hasil tenaga itu telah diboikot oleh jiran-jirannya di rantau Teluk sejak beberapa bulan lalu dan akan menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia pada 2022.

Akhbar Sepanyol El Mundo menggambar­kan langkah itu sebagai satu “pembelian kerajaan”.

Namun sementara La Liga membantah selepas ia kehilangan salah seorang bintangnya yang terbesar, pemain Barca tetap mengucapka­n maju jaya kepada pemain yang kini menjadi bekas rakan mereka itu.

“Kawanku, saya mengucapka­n selamat berjaya dalam segalanya yang akan datang!!” Luis Suarez menulis dalam Instagram di sebelah sebuah gambar kedua-dua pemain yang berpelukan.

“Juga terima kasih kepada anda di atas sokongan anda, atas segalanya yang saya pelajari bersama anda dan atas momen unik yang kita luangkan bersama!!! Kekal seperti ini dan jangan berubah, sayang anda, adik.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia