Utusan Borneo (Sabah)

25 pasukan termasuk dari Brunei sertai Ping Pong Sabah Masters 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Dua puluh lima pasukan termasuk dari Brunei Darussalam bersaing pada Kejohanan Ping Pong Sabah Masters 2017 anjuran Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu (KKTTA) di Dewan Sri Putatan pada hari ini dan esok.

Brunei menerusi persatuan ping pongnya (BDTTA) menghantar empat pasukan manakala penyertaan selebihnya adalah dari negeri ini.

Kota Kinabalu mengetuai senarai penyertaan dengan lapan pasukan diikuti Ranau dan Sandakan masing-masing tiga pasukan, Kota Marudu dua pasukan dan masingmasi­ng satu pasukan dari Beaufort, Kudat, Papar, Kuala Penyu dan Tenom.

Empat pasukan dari Brunei adalah BDTTA Bravo, BDTTA Tango, BDTTA Sierra dan BDTTA Romeo.

Pasukan lain terdiri daripada BT Solar, Haip Loong Sdn Bhd, Inanam Kimia A, Inanam Kimia B, Politeknik Kota Kinabalu, Kelab Senshi TT, Xia Huo Tang dan Y2K dari Kota Kinabalu, Bee Blade, GP Topspin, RTTA 1 (Ranau), De Palm Grill & Steakhouse, Persatuan Ping Pong Sandakan, Soedc (Sandakan), Marudu Silent Killer A, Marudu Silent Killer B (Kota Marudu), Cuba Cuba Saja (Beaufort), Mengayau Blade (Kudat), Papar Intergener­ation (Papar), KP TT Pimple (Kuala Penyu) dan Tenom Kopi (Tenom).

Pasukan dibahagika­n kepada enam kumpulan di mana lima kumpulan dianggotai empat pasukan manakala satu kumpulan melibatkan lima pasukan.

Pasukan akan bersaing secara liga satu pusingan di mana ia adalah pertanding­an berpasukan melibatkan tiga acara perseorang­an dan dua acara beregu.

Dua pasukan teratas pada saingan peringkat kumpulan akan meneruskan cabaran dalam pusingan kalah mati carta acara utama.

Pasukan yang gagal ke saingan carta acara utama pula akan meneruskan cabaran dalam saingan carta saguhati.

“Pertanding­an akan bermula jam 9.00 pagi pada hari pertama (hari ini) dan 8.00 pagi pada hari terakhir (esok).

“Kami mengalu-alukan orang ramai terutama peminat sukan ping pong datang menyaksika­n kejohanan ini,” kata pengerusi penganjur, Edward Chua yang juga presiden KKTTA ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah akan disempurna­kan Datuk Dr. Yee Moh Chai selepas pertanding­an selesai esok.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia