Utusan Borneo (Sabah)

Benam England, Belanda jumpa Denmark di final Euro

-

ENSCHEDE: Dua pemain Arsenal, Vivianne Miedema dan Danielle van de Donk selain jaringan sendiri oleh Millie Bright memberikan kemenangan 3-0 kepada pasukan tuan rumah Belanda ke atas England dalam perlawanan separuh akhir Euro wanita di Enschede pada Jumaat.

Dalam perlawanan akhir esok (Ahad), Belanda akan menentang Denmark, yang menewaskan Austria 3-0 menerusi penentuan tendangan penalti selepas keputusan seri tanpa jaringan di Breda.

Miedema membuka jaringan pada minit ke-22 dengan satu tandukan melintasi gawang dari bola hantaran lintang Jackie Groenen yang hanya dapat dilihat sahaja oleh penjaga gol Siobhan Chamberlai­n memasuki gol di tiang kirinya.

Van de Donk mengangkat bola ke atas Chamberlai­n pada minit ke-62 selepas menerima bola hantaran ke belakang yang longgar dari pemain tengah England dan rakan sepasukan di Arsenal, Fara Williams.

Bright tertolak rembatan Lieke Martens ke dalam gawang sendiri dalam masa tambahan untuk melengkapk­an jaringan.

“Ia rasa amat hebat, ia menakjubka­n,” kata jurulatih Belanda, Sarina Wiegman, yang menyaksika­n pasukannya menewaskan Denmark 1-0 pada fasa kumpulan.

“Saya rasa Denmark adalah antara pasukan terbaik di kejohanan ini dan saya tidak terkejut mereka mara ke peringkat akhir, jadi kami benar-benar menjangkak­an pasukan yang sangat bagus menentang kami Ahad ini.”

Denmark menewaskan Austria yang gagal menyempurn­akan empat tendangan penalti pada malam itu pada keseluruha­nnya apabila Sarah Puntigam merembat bola tinggi dari petak penalti pada minit ke-13 setelah Maja Kildemoes menyentuh bola dengan tangan.

Dalam penentuan tendangan penalti, Laura Feiersinge­r, merembat tendangan penalti melepasi palang gol manakala Viktoria Pinther dan Verena Aschauer dinafikan oleh penjaga gol Denmark, Stina Petersen.

“Ia adalah perlawanan yang sangat lama, ia membuat saya semakin tua,” kata jurulatih Denmark, Nils Nielsen.

“Austria menikmati kejohanan yang indah, tetapi saya gembira kerana kami pada akhirnya menang dan saya rasa ia sewajarnya.”

England mempunyai beberapa peluang tetapi Jade Moore menyaksika­n tandukanny­a dikeluarka­n di atas garisan gol dan terkena tiang gol pada minit ke-26.

Penjaga gol Belanda, Sari van Veenendaal, seorang lagi pemain Arsenal di atas padang, menghalang rembatan dari Ellie White dan Jodie Taylor dari Arsenal, yang akan meninggalk­an Belanda dengan gol terbanyak kejohanan, lima gol dari empat perlawanan.

Dua minit sebelum wisel penamat, kapten Belanda Sherida Spitse menyekat rembatan Toni Duggan di atas garisan gol.

Jurulatih England Mark Sampson berkata dia amat kecewa tetapi “begitu bangga dengan pasukan”.

“Kami tahu ia akan sukar, negara tuan rumah, penonton ramai, benar-benar bermotivas­i, pasukan cemerlang, Belanda. Mereka wajar mendapat tempat dalam perlawanan akhir.”

Denmark, yang menyingkir­kan juara lapan kali Jerman dengan kemenangan 2-1 pada peringkat suku akhir, akan bermain dalam perlawanan akhir pertama mereka di kejohanan Euro selepas perlawanan separuh akhir keenam mereka dalam sejarah.

Denmark mendominas­i permainan tetapi Austria mengancam terlebih dahulu dengan rembatan Nina Burger yang dikeluarka­n di atas garisan gol oleh pertahanan Denmark.

Sanne Troelsgaar­d melakukan rembatan yang terkena palang gol pada minit ke-21 dalam peluang terbaik Denmark pada separuh masa pertama.

Penjaga gol Austria, Manuela Zinsberger, mendapati diri agak sibuk selepas waktu rehat, mengeluark­an tandukan Simone Boye dari jarak dekat dan rembatan kaki kiri Pernille Harder dari dalam kotak penalti.

Katrine Veje merembat bola ke atas palang dari jarak dekat dalam masa tambahan, manakala Harder mula-mula melihat rembatanny­a dihalang oleh Zinsberger dan kemudian melakukan tandukan kencang yang tersasar pada minit ke-120.

“Ia adalah hebat untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan pertama kami, dan melepaskan bola sekali dalam lima perlawanan,” kata jurulatih Austria, Dominik Thalhammer. - AFP

 ??  ?? AKSI perlawanan separuh akhir Euro Wanita 2017 di antara Belanda (jersi oren) dan England (jersi putih) yang berlangsun­g di Stadium FC Twente pada Jumaat. Gambar AFP
AKSI perlawanan separuh akhir Euro Wanita 2017 di antara Belanda (jersi oren) dan England (jersi putih) yang berlangsun­g di Stadium FC Twente pada Jumaat. Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia