Guru Pra Sekolah SK Lubok Temiang sertai CAIELTS 2017
LABUAN: Guru Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKL) Samih Kukung telah menyertai Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar (2nd CAIELTS 2017) yang diadakan di Labuan International School, Ahad.
Beliau adalah antara tiga orang Ikon Guru Labuan menyertai seminar tersebut bersama Dalilah Desa (SK Membedai) dan Suriani Alland Rice Oxley (SISC+) di samping Ikon Guru Kebangsaan, Hyginus Lester.
2nd CAIELTS 2017 dianjurkan Panitia Bahasa Inggeris SMK Mutiara Wilayah Persekutuan Labuan hasil inisiatif kepimpinan Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Hyginus Lester Junior Lee.
Program tersebut merupakan kerjasama Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, School Improvement Specialist Coach Bahasa Inggeris (SISC+ Menengah), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Labuan dan Innospace Labuan.
Bermula pada tahun 2016 sebagai platform guru-guru bahasa Inggeris untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengajaran bahasa Inggeris dalam bidang inovasi dan kreativiti.
CAEILTS pertama berjaya dianjurkan pada 30 Julai 2016 di BTPN yang disertai 70 orang guru.
Pada tahun ini sesi kali kedua mengharapkan ramai lagi yang lebih kreatif dan inovatif berkongsi pengajaran yang menarik, menyeronokkan dan bermakna.
Seminartahuninijugaditambah baik dengan pameran kreativiti dan inovasi yang menonjolkan sembilan produk inovasi yang telah mengharumkan nama sekolah dan negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Samih berharap dapat memberi inspirasi kepada guruguru untuk memudahkan dan menyeronokkan pembelajaran.
Pada seminar itu, Samih turut berkongsi inovasi dan kreativitinya bersama guru sekolah rendah dan menengah serta guru-guru Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan.
Majlis perasmian seminar tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin manakala majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Labuan yang juga Pengerusi Innospace Labuan, Puan Mimie D. Selvakumar.
Pengetua SMK Mutiara, Louren Abon berharap perkongsian tersebut akan melahirkan lebih ramai guru yang kreatif dan inovatif.