Pelabur gas asli diperlukan
USAHA
untuk mencari pelabur yang menggunakan gas asli sebagai sumber utama pemprosesan sedang giat dijalankan.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail berkata, setakat ini terdapat tiga permohonan diteliti oleh Lembaga Pengarah Sabah Oil & Gas Development Sdn Bhd (SOGDC).
Katanya, permohonan berkenaan melibatkan Eurochem, China Consortium dan Markisa dari Petronas.
“Ini membabitkan perancangan baharu iaitu loji ammonia kedua yang akan dibina bersebelahan dengan Sabah Ammonia Urea (Samur).
“Projek ini dianggarkan berjumlah AS$800 juta dan dijangka siap pada 2021,” katanya bagi menjawab soalan Limus Jury (BN-Kuala Penyu) mengenai jumlah pelabur di kawasan Sipitang Oil & Gas Industrial Park (Sogip).
Beliau berkata, SOGDC yang juga penggerak kepada Sogip sedang aktif mencari peneraju utama bagi aktiviti hiliran seperti penyimpanan dan penapisan minyak serta gas.
Menurutnya, selain daripada projek ammonia urea, terdapat juga pelaburan dari Petronas Gas Berhad (PGB) melalui pembinaan saluran paip di dalam kawasan Sogip.
Bolkiah berkata, setakat Mei tahun ini, sebanyak 409 peluang pekerjaan tetap wujud secara langsung.
Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 259 jawatan diisi oleh penduduktempataniaitu62.2peratus daripada jumlah keseluruhan.