Chantek, 39, orang utan pertama ‘bersekolah’, mati Model dinosaur sasaran pelaku musnah di muzium
Chantek, orang utan jantan yang merupakan di antara monyet pertama mempelajari bahasa isyarat, boleh membersihkan biliknya dan mengingati jalan ke sebuah restoran makanan segera, mati kelmarin pada usia 39 tahun, menurut Zoo Atlanta.
Chantek yang telah diajar seorang jurulatih yang membesarkannya seperti anaknya sendiri, menerima rawatan bagi penyakit jantung, menurut pihak zoo.
Satu nekropsi akan menentukan punca kematian.
“Chantek akan dirindui keluarganya di Zoo Atlanta.
“Ia memiliki personaliti unik dan menarik serta gayagaya istimewa untuk berhubung dan berkomunikasi dengan mereka yang mengenalinya,” menurut Hayley Murphy, timbalan presiden bahagian haiwan zoo.
Chantek, antara orang utan jantan tertua di zoo-zoo Amerika Utara, dilahirkan di Pusat Penyelidikan Primat Wilayah Yerkes di Atlanta.
ATLANTA:
Ia dihantar untuk tinggal bersama ahli antropologi Lyn Miles di Universiti Tennessee di Chattanooga selama sembilan tahun.
Chantek belajar cara membersihkan biliknya, membuat dan menggunakan peralatan serta boleh menyatakan arah perjalanan dari universiti ke restoran Dairy Queen, menurut dokumentari PBS 2014, ‘The Ape Who Went to College’.
Chantek antara sekumpulan primat yang boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat Amerika, selain gorila Koko dan cimpanzi betina Washoe.
Ia dipindahkan ke Zoo Atlanta pada 1997 dan kerap menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan penjaganya, menurut pihak zoo.
Namun ia enggan berbahasa isyarat dengan orang yang tidak dikenalinya, sebaliknya menggunakan cara komunikasi lebih tipikal orang utan, seperti penggunaan vokal dan gerak tangan.
Zoo Atlanta memulakan kumpulan perubatan pada 2016 bagi merawat simptom penyakit jantung yang dialami Chantek.
Penyakit jantung penyebab utama kematian kalangan monyet besar seperti orang utan dalam zoo. — Reuters
Tiga model haiwan pemusnahdimuziumdinosaur negara di Australia dipenggal pelaku musnah misteri yang memanjat pagar dan mencabut bahagian tersebut menggunakan penumbuk sudut atau gergaji besi, menurut polis semalam.
Pihak penyiasat sedang memburu penyerang tersebut selepas kerosakan pada dinosaur itu yang berada di kawasan pameran luar, dilakukan pada lewat Sabtu lepas di muzium di Canberra, menurut polis Australian Capital Territory.
“Kerosakan yang terdapat pada (tiga ‘velociraptor’) dinosaur menunjukkan sejenis penumbuk sudut atau gergaji besi digunakan untuk mencabut kepala dari badan,” kata mereka.
“Pesalah telah memanjat sebuah pagar setinggi empat kaki untuk masuk ke dalam.”
Seorang kakitangan
SYDNEY:
muzium Mitchell Seymour menyatakan dinosaur yang rosak telah dikesan pada mulanya oleh para pengunjung, dengan kanakkanak tertanya-tanya apa yang telah berlaku.
“Kami telah keluar untuk memeriksanya dan tiga dari dinosaur kami telah dicacatkan,” Seymour memberitahu Australian Broadcasting Corporation.
“Kami mempunyai ramai kanak-kanak yang datang dan akan menanyakan “oh ibu dan ayah, apa yang telah berlaku pada dinosaur tersebut?”
“Ia adalah satu tindakan pentingkan diri sendiri dan ia adalah tidak bertimbang rasa bagi apa yang berlaku.”
Satupatunggergasidinosaur dari kaca gentian telah dicuri dari muzium pada 2013 dan kemudian ditemui di dalam rumah seorang lelaki yang menyatakan ia telah diambil sebagai satu gurauan hari jadi, lapor ABC. — AFP