Noru badai Honshu, lebih 50 cedera
Indonesia menyatakan semalam ia akan menjual minyak kelapa sawit, kopi dan teh bagi beberapa buah jet pejuang Rusia, menyatakan ia ingin untuk menyediakan modal bagi sekatan antarabangsa terhadap Moscow ketika menteri Luar Sergei Lavrov dijangka melawat.
Indonesia dan Rusia telah menandatangani satu memorandum persefahaman
JAKARTA:
untuk menukar 11 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia dengan komoditi utama di Moscow pada minggu lepas, seorang jurucakap bagi kementerian perdagangan Indonesia berkata.
“Idea itu dicadangkan pada tahun lepas dan beberapa orang telah mencadangkan Indonesia harus memperdagangkan jet tersebut dengan komoditi utama kami,” jurucakap Marolop Nainggolan memberitahu AFP.
Pihak EU dan AS telah mensasarkan Rusia dengan sekatan kerana dikatakan campur tangan dalam pilihan raya presiden AS dan penambahannya dengan Crimea di Ukraine.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita telah menyatakan sekatan tersebut, yang telah memaksa Rusia untuk mencari pasaran baharu untuk mengimport, akan menjadi berita baik bagi Jakarta.
“Ia merupakan satu peluang yang tidak sepatutnya hilang dari genggaman kami,” beliau menyatakan di Moscow pada minggu lepas.
Perjanjian, yang akan dilakukan di antara Rostec di Rusia dan PT Perusahaan
Perdagangan Indonesia, akan menjadi satu permulaan bagi satu perjanjian dagangan dua pihak seterusnyua yang akan berlanjutan kepada tenaga dan penerbangan, jelas Lukita.
Tempoh masa sepatutnya dan nilai urusniaga adalah tidak jelas.
Maklumat mengenai urusan barter muncul ketika Lavrov akan memulakan lawatan dua harinya ke negara ekonomi paling besar di Asia Tenggara lewat semalam. — AFP
Taufan Noru membadai pulau utama Honshu di Jepun dengan hujan lebat dan angin kuat semalam, meskipun sudah menurun kepada ribut tropika.
Ribut yang luar biasa lamanya itu merupakan taufan Kategori 5 serta telah melanda beberapa bahagian di utara dan tengah Jepun dengan penurunan hujan sehingga 40 milimeter, menimbulkan amaran tanah runtuh dan banjir.
Kira-kira 50 orang cedera, menurut badan penyiaran awam NHK, namun tiada
TOKYO:
kematian selanjutnya dilaporkan selepas dua maut pada hujung minggu dan tiada sesiapa hilang.
Satu arahan pemindahan 7,000 orang di bandar Fukui ditarik balik jam 11 pagi waktu tempatan.
Noru, nama Korea bagi sejenis spesies pelanduk, dijangka melanda Tokyo namun bergerak jauh ke utara, meninggalkan bandar utama Jepun dalam keadaan selamat.
Ribut itu menjadi angin tropika bertekanan rendah lewat semalam. – Reuters