Persediaan ajar ASK di Sabah UMS latih 150 guru menerusi Program Pemikiran Komputasional
LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation
(MDEC) telah melatih seramai 150 guru menerusi Program Kemahiran Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer (CT/ CS) di Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS.
Program lima hari seminggu untuk satu sesi itu telah dilaksanakan selama 10 minggu.
Seramai 120 guru sekolah menengah dan 30 guru sekolah rendah dari seluruh Sabah terlibat dalam program itu, hanya 15 guru sahaja dilatih pada setiap sesi.
Objektif utama program adalah untuk mendedahkan guru-guru kepada kemahiran pemikiran komputasional serta pengaplikasian pedagogi BIC (Brain-based, Inquirybased, and Computational
Thinking-based) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, program juga adalah penting sebagai sebahagian daripada persediaan guru-guru untuk mengajar subjek Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1 serta subjek Sains Komputer (SK) Tingkatan 4 di sekolahsekolah menengah seluruh Sabah.
Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer adalah salah satu program di bawah inisiatif #mydigitalmaker yang merupakan inisiatif yang diterajui oleh MDEC bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, industri dan universiti untuk meningkatkan kemahiran digital dan berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar serta menyediakan mereka untuk menghadapi pasaran kerja baharu ekonomi digital.
Sebelum program dilaksanakan, Pengerusi Digital Maker Hub (DMH) UMS Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim telah menghantar seramai lima pensyarah menghadiri latihan CT/CS yang dianjurkan oleh MDEC di Putrajaya.
Pensyarah-pensyarah yang terlibat adalah Prof Madya Dr Sabariah Shariff, Dr Chin Pei Yee, Asni Tahir, Nordaliela Mohd Rusli dan Dr Chin Kim On. Selaku ketua rombongan, Kim On juga merupakan Ketua Program Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).
“Selain daripada CT/ CS, DMH UMS turut menyediakan kursus seperti pengaturcaraan Python, Asas Arduino, pengaturcaraan visual dengan Scratch, dan pengaturcaraanvisualaplikasi mudah alih. Kandungan kursus yang disediakan adalah bersesuaian untuk golongan pelajar sekolah rendah dan menengah,” kata Ag Asri.
“Penawaran kursuskursus di DMH UMS turut merupakan hasrat Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamaruddin D Mudin yang mana beliau menggalakkan dan ingin melihat UMS melalui FKI untuk menjadi pemangkin negeri Sabah ke arah IR4.0,” katanya.
Sementara itu, menurut Kim On, program CT/CS bukan sahaja sesuai untuk guru yang mengajar subjek ASK serta SK, malah ia juga penting dan sesuai untuk mana-mana guru.
“Ia kerana, pedagogi BIC dalam kandungan program CT/CS ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru. Kandungan program CT/CS ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran komputasional seseorang individu.
“Teknik pengajaran dan pembelajaran tradisional yang memaksa pelajar untuk membaca dan menghafal tidak lagi memberikan kesan yang baik kepada sesi pengajaran dan pembelajaran pada abad ke - 21,” katanya.
Beliau berkata, pemikiran komputasional adalah penting untuk memberikan asas yang kukuh kepada generasi muda dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berdasarkan konsep sains komputer, seperti penguraian, debugging, penjujukan dan algoritma.
Murid akan diajar bagaimana menggunakan konsep-konsep itu untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar dan kemudiannya dapat menghasilkan penyelesaian secara inovatif.
“Teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi BIC dapat memupuk tabiat pelajar untuk belajar sendiri menyelesaikan masalah dengan cara inovatif. Melalui aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat berkongsi ilmu dengan pelajar yang lain, serta meningkatkan pemahaman tentang kandungan kursus dengan lebih mudah,” tambahnya.
“Selain
daripada CT/CS, DMH UMS turut menyediakan kursus seperti pengaturcaraan Python, Asas Arduino, pengaturcaraan visual dengan Scratch, dan pengaturcaraan visual aplikasi mudah alih. Kandungan kursus yang disediakan adalah bersesuaian untuk golongan pelajar sekolah rendah dan menengah,” kata Ag Asri selaku pengerusi DMH, UMS. PROF MADYA DR AG ASRI AG IBRAHIM Pengerusi Digital Maker Hub (DMH) UMS