Kapal kargo dirompak selepas karam di Brazil
SAO PAULO: Beberapa pencuri menaiki bot kecil berhampiran Sao Paulo telah merompak sebuah kapal kontena Brazil yang mengandungi hampir semua jenis benda seperti basikal dan barangan elektronik.
Dalam kejadian yang menyerupai dengan filem komedi klasik British 1949 ‘Whisky Galore’, di mana penduduk pulau Scotland merompak kargo arak dari kapal yang karam, beberapa penduduk tepi pantai tidak dapat menahan diri mereka ketika bonanza zaman moden dari ‘Log-In Pantanal’ pada Jumaat lepas.
Beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman berita Brazil G1 dan media sosial kelmarin menunjukkan pencuri memeriksa kontena yang masih terapung, penuh dengan barangan pengguna termasuk tayar kereta, barangan elektronik dan basikal.
Sebuah kargo yang jatuh berisi beg sekolah memenuhi permukaan laut dalam sekeping gambar dikongsikan dalam talian.
Dalam gambar lain, beberapa lelaki dilihat berjalan di tepi pantai dengan beberapa basikal baharu.
Pihak polis menyatakan 45 kontena telah terjatuh dari kapal tersebut dan kesemua pencuri terbabit kini diburu sepenuhnya.
“Secara keseluruhan, sembilan kru telah ditangkap bersama lebih 100 jenis barangan pelbagai jenis, kebanyakannya adalah barangan elektronik dan keperluan rumah,” menurut jurucakap bagi polis Sao Paulo.
Punca kemalangan belum diketahui, namun video amatur yang dimuat naik dalam talian menunjukkan ‘Log-In Pantanal’ dibadai angin kuat berhampiran pantai.
Kapal kargo sepanjang 182 meter itu telah didaftarkan di Brazil. — AFP