Utusan Borneo (Sabah)

SAMBUTAN DINGIN

Hanya 1,088 pekerja asing mendaftar di Sabah berbanding 50,000 sasaran

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Program Rehiring Sabah 2017 hanya merekodkan seramai 1,088 pendaftara­n pekerja asing dalam tempoh enam bulan dilaksanak­an.

Jumlah yang diperolehi setakat 11 Ogos itu jauh dari jumlah sasaran yang ditetapkan untuk negeri ini iaitu sebanyak 50,000 pendaftara­n.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah Musa Sulaiman berkata, pekerja sektor perladanga­n di Lahad Datu merekodkan jumlah pendafatar­an paling ramai di Sabah.

Menurutnya, program yang mula dijalankan pada 16 Februari 2017 itu akan ditamatkan pada 15 Ogos (hari ini).

"Kita ingin melihat apakah faktor yang menyebabka­n program ini tidak mendapat sambutan.

"Sama ada majikan tidak mengikuti program ini atau berkemungk­inan kategori pekerja yang ditawarkan itu tiada di Sabah.

"Semakanlan­jutakandib­uat khususnya membabitka­n majikan untuk mengenal pasti apakah masalah yang menyukarka­n mereka mendaftark­an pekerja," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Musa berkata, proses pendaftara­n pekerja dikendalik­an oleh syarikat Inti Padu Tech Sdn Bhd yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Pihaknya ingin mendapatka­n maklum balas daripada syarikat berkenaan bagi mengenal pasti kategori pekerja yang dinyatakan dalam Program Rehiring Sabah melibatkan syarikatsy­arikat yang ada di Sabah.

Pada masa sama pihaknya juga akan mempertimb­angkan tindakan yang wajar dikenakan terhadap majikan yang tidak menyertai program berkenaan.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap majikan jika masih melindungi pekerja atau masih menggaji pekerja tanpa pas yang sah.

"Program ini khusus untuk membantu majikan dalam menyelesai­kan isu pekerja asing di tempat mereka.

"Tetapi kalau peluang ini pun mereka tidak ambil, majikan terpaksa menerima tindakan penguatkua­saan yang tegas mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen," katanya.

Beliau berkata, sejak 1 Januari hingga 31 Julai lepas, sebanyak 793 operasi dijalankan di seluruh negeri.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu seramai 23,563 pekerja asing diperiksa dan sejumlah 2,738 berjaya ditangkap.

Selain itu, pihaknya turut menahan sebanyak 60 majikan untuk siasatan dan daripada jumlah itu ada yang dikenakan tindakan.

 ??  ?? MUSA (tengah) pada sidang media berhubung Program Rehiring Sabah 2017.
MUSA (tengah) pada sidang media berhubung Program Rehiring Sabah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia