Forest Whitaker tunjuk bakat menyanyi dalam ‘Empire’
Drama muzikal permusuhan keluarga
B
UKAN mudah untuk bernyanyi dengan keluarga paling muzikal dalam televisyen, tetapi itulah tugasan yang telah diberikan kepada Forest Whitaker sebagai anggota baharu dalam barisan pelakon ‘Empire’.
Peminat sudah tahu sejak Julai lalu bahawa pemenang Oscar itu akan menyertai musim empat bagi drama Fox mengenai permusuhan keluarga dalam sebuah dinasti muzikal, tetapi syarikat itu mengesahkan buat pertama kali bahawa dia akan menyalurkan tenor dalamannya.
Legenda Hollywood berusia 56 tahun itu (‘Arrival’, ‘Rogue One: A Star Wars Story’) akan muncul dalam satu arca pelbagai episod sebagai Uncle Eddie, seorang ikon muzik yang memberi siaran pertamanya dalam radio kepada watak utama Lucious.
“Kami tahu dia sangat muzikal dan kami bertanya kepadanya sama ada dia mahu bernyanyi dalam program itu atau tidak,” kata penerbit eksekutif Ilene Chaiken kepada jelajah media musim panas Persatuan Pengkritik Televisyen di Beverly Hills.
Jika ada pelakon yang mempunyai latar belakang, ia adalah Whitaker, yang sudah mendendangkan lagu sejak memasuki Universiti Negeri Politeknik California atas biasiswa bola sepak dan bertukar kepada muzik setelah mengalami kecederaan pada belakangnya.
Dia menjelajah England bersama kumpulan Cal Poly Chamber Singers pada 1980 dan belajar opera di konservatori muzik Universiti Selatan California.
Whitaker turut menonjolkan diri di sisi bintang-bintang muzikal yang sudah bertapak, Mary J. Blige, Angela Bassett dan Jennifer Hudson dalam ‘Black Nativity’ (2013).
“Kami membiarkannya membimbing kami. Dia benar-benar teruja untuk bernyanyi. Dia membawa watak seorang pemuzik, seorang penerbit, seseorang yang sangat terbabit dalam muzik dalam dunia program itu,” tambah Chaiken.
Program nombor satu televisyen penyiaran itu ditontoni hampir 18 juta orang dalam finale musim satunya pada 2015 tetapi berdepan dengan masalah untuk mendapatkan semula tarikannya, dengan jumlah audiens yang turun kepada 10 juta orang.
‘Empire’ kembali untuk musim keempat pada Rabu, 27 September, pada jam 8.00 malam – sejam lebih awal berbanding bagi musim tiga – di mana Lucious membuat penampilan terbukanya yang pertama setelah mengalami kecederaan dalam satu letupan.
Beberapa pelakon dan kru menyertai Chaiken dan pencipta siri Lee Daniels di atas pentas di hotel Beverly Hilton di Beverly Hills untuk satu sesi soal jawab.
Terrance Howard, yang membawa watak Lucious Lyon, memuji Taraji P. Henson sebagai matriark (ketua wanita) dinasti, Cookie, dan berkata pasangan itu menikmati “keserasian yang indah”.
Henson (‘Hidden Figures’, ‘The Curious Case of Benjamin Button’) ditanya sama ada dia akan menimbang watak utama dalam filem komedi, dan menganggap prospek itu sebagai “tidak memerlukan otak”.
“Dia kelihatan seperti watak wanita utama tetapi ternyata seorang pelakon karektor, dan juga salah seorang manusia paling lucu yang hidup,” kata Jussie Smollett, yang berlakon sebagai anak tengah Lyon, Jamal.
“Kami berlakon sebagai ibu dan anak, tetapi ia lebih seperti kakak dan adik.”
Smollett memberitahu pemberita selepas panel berkenaan bahawa musim empat akan memuatkan penghormatan kepada ikon pop Prince, selain satu episod di mana dia akan menjadi pengarah buat pertama kalinya.
Daniels turut mendedahkan maklumat mengenai siri drama set muziknya yang lain, ‘Star’, yang menayangkan musim keduanya buat pertama kali pada malam yang sama dengan tayangan perdana ‘Empire’ – 27 September.
‘Star’ memaparkan Jude Demorest, Brittany O’Grady dan Ryan Destiny sebagai sebuah kumpulan perempuan yang mencari peluang besar mereka di Atlanta, Georgia.
Kedua-dua program bakal berlintas silang, dengan Queen Latifah dari ‘Star’ dijangka bertukar tempat dengan Smollett untuk tayangan perdana masingmasing yang akan datang.
“Ia bukan hasrat kita pada mulanya kerana mereka adalah dua program berasingan. Fox mencadangkannya, dan saya fikir, kenapa? Kerana saya tidak pernah melihat (‘Star’) sebagai sebahagian daripada ‘Empire’, ia adalah entitinya sendiri,” kata Daniels kepada pemberita.
Bagaimanapun lamakelamaan dia memutuskan untuk “mengikut aliran”, katanya.
“Saya selalu berfikir bahawa ia dapat dilakukan, jadi saya tidak tahu apa yang disebut oleh lelaki ini. Ia sudah ada dalam otak saya dari hari pertama,” kata Latifah, yang membawa watak Carlotta Brown dalam ‘Star’. — AFP