Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan cekap penting untuk capai prestasi cemerlang

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pengurusan cekap adalah penting bagi sesuatu badan berkanun atau agensi untuk memantapka­n prestasi syarikat sepanjang tahun dengan pencapaian menguntung­kan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, setiap pengarah atau pengerusi yang diamanahka­n untuk memegang jawatan itu harus mempunyai satu anggapan bahawa syarikat itu adalah miliknya.

“Mereka harus memberikan komitmen tinggi kepada syarikat dengan pengurusan yang cekap.

"Sekiranya agensi atau badan berkanun itu berhadapan masalah pengurusan, syarikat itu sudah tentunya berhadapan masalah kewangan.

“Keadaan itu sudah pasti akan membebanka­n kerajaan negeri untuk membantu membayar gaji para pekerjanya," katanya ketika merasmikan Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2017, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kini setiap operasi yang dilaksanak­an syarikat itu sentiasa menjadi perhatian rakyat.

“Maka, kita terpanggil untuk mengadakan kursus seumpamany­a bagi mewujudkan kesedaran bagaimana kita jalankan tugasan yang diamanahka­n oleh rakyat,” katanya.

Menurutnya, tidak dinafikan perubahan yang ketara berlaku dalam badan berkanun atau agensi di negeri ini sekarang jika dibandingk­an dengan zaman dahulu.

Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, boleh dilihat setiap tahun pelbagai agensi dan badan berkanun membayar dividen kepada kerajaan negeri di atas keuntungan yang diperolehi sesebuah syarikat itu.

“Saya berpendapa­t bahawa kursus seperti ini penting dan wajar diadakan setiap tahun bagi menambah pengetahua­n serta ilmu kepada setiap pengarah yang diamanahka­n jawatan itu.

“Pada zaman dahulu, mungkin seseorang pengarah atau pengerusi tidak diwajibkan hadir ke dalam kursus seumpamany­a, namun kini, setelah pelbagai perubahan yang dilakukan, mereka dikehendak­i menambah ilmu pengetahua­n,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban dan Datuk Seri Panglima Michael Asang, Setiausaha Tetap Datuk Pg Hassanel Pg Haji Mohd Tahir serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? MUSA (tengah) menerima cendera kenangan daripada Ketua Pusat Pengajian Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah Prof Madya Dr Imbarine Bujang sambil diperhatik­an oleh Hassanel (kanan), Michael (belakang) dan Ramlee (dua kiri).
MUSA (tengah) menerima cendera kenangan daripada Ketua Pusat Pengajian Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah Prof Madya Dr Imbarine Bujang sambil diperhatik­an oleh Hassanel (kanan), Michael (belakang) dan Ramlee (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia