Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bebas tuduhan menipu syer kontrak RM40,000

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dapat menarik nafas lega apabila dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menipu melibatkan syer kontrak sebanyak RM40,000.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membebaska­n dan melepaskan Eddie Chia Ching Hung atas pertuduhan itu, setelah membenarka­n rayuan atas sabitan dan hukuman terhadap perayu.

Pada 16 Januari, Mahkamah Majistret menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun dan dua sebat terhadap Eddie selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, perayu menipu seorang lelaki Chan Kai Yau, 55, bahawa syarikat isterinya mendapat kontrak Mesilau selama sepuluh tahun daripada Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.

Akibat terpedaya, mangsa didorong membeli 20 peratus syer kontrak Mesilau bernilai RM70,000 yang mana mangsa membuat sebahagian bayaran sebanyak RM40,000 dengan menggunaka­n cek.

Kesalahan itu dilakukan pada 22 Januari 2014 jam 8 malam di Fook Yuen, Kelombong, Inanam, di sini.

Peguam Azhier Farhan Arisin dan Fareez Salleh mewakili perayu, manakala Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul bertindak untuk pendakwaan.

Dalam kes berasingan, seorang remaja diperintah­kan dirujuk ke Sekolah Henry Gurney sehingga umur mencapai 21 tahun, atas kesalahan mencabul seorang wanita warga asing.

Mahkamah menggantik­an keputusan mahkamah rendah itu terhadap Hairol Fitri Syazwi Hafizulair­ie, 18, setelah membenarka­n rayuan daripada pihak pendakwaan.

Pada 23 Mac, Mahkamah Majistret mengarahka­n responden melakukan kerja khidmat masyarakat selama tempoh 20 jam, selepas mengaku bersalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul menyatakan kejadian seumpama itu semakin kerap berlaku, oleh itu satu mesej yang jelas harus disampaika­n kepada masyarakat.

Bagaimanap­un, peguam Datuk Maijol Wahap menyatakan keputusan mahkamah rendah tepat dengan mengarahka­n responden melakukan kerja khidmat masyarakat.

Responden didakwa menggunaka­n kekerasan jenayahmen­cabulkehor­matan mangsa yang berusia 24 tahun, pada 28 September tahun lalu jam 8.15 malam, di tandas wanita Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Atas pertuduhan itu, responden didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan sebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia