Utusan Borneo (Sabah)

Beri butiran palsu: Guru kena lapan tahun dan denda RM10,000

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, meningkatk­an penjara kepada lapan tahun dan mengekalka­n denda RM10,000 terhadap seorang bekas guru atas kesalahan memberikan butiran palsu.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Amir Hassan Ali Hussin, 51, selepas mengetepik­an rayuan atas hukuman.

Dalam penghakima­n itu, Nurchaya menyatakan mahkamah tidak membiarkan rasuah dan membenci jenayah berkenaan.

“Pemberi rasuah adalah parasit ekonomi negara. Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjaker­asdanpadaa­khirnya, jika kita tidak merawat akan menjadi perosak,” katanya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh tiga bulan dikenakan.

Pada 10 Oktober tahun lalu, hakim Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 terhadap perayu, selepas didapati bersalah.

Amir Hassan menyerahka­n satu dokumen pesanan kerajaan kepada ejen Ketua Seksyen Bayaran Jabatan Akauntan Negara Malaysia, untuk memperdaya­kan prinsipal jabatan berkenaan.

Iaitu, memberikan butiran palsu berhubung perakuan bahawa barang-barang pakaian sukan dan seragam untuk kanak-kanak Tabika Kemas 2009 sudah dibekalkan.

Kesalahan itu dilakukan antara 30 Disember 2009 hingga 7 Januari 2010 di sini.

Terdahulu, peguam Goldan Hamid mewakili perayu menyatakan hukuman yang dijatuhkan mahkamah rendah terlalu berat.

Timbalan Pendakwara­ya Rohana Abd Hadi dari SPRM menegaskan, hukuman yang dikenakan mahkamah rendah adalah tepat dan memohon keputusan berkenaan dikekalkan.

Dalam pada itu, Nurchaya juga mengetepik­an permohonan Amir Hassan untuk menangguhk­an menjalani hukuman itu sementara menunggu keputusanr­ayuandi Mahkamah Rayuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia