Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri nikmat kemerdekaa­n

Selaras tema Hari Kebangsaan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’

-

PAPAR: Kemerdekaa­n haruslah dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya kerana ianya satu anugerah yang besar dan tidak ternilai kerana ia mengajar sesebuah bangsa negara itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa dan mematangka­n diri.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Hajah Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin berkata, ianya selaras dengan tema Hari Kebangsaan kali ini

‘NegaraKu Sehati Sejiwa’ yang jelas menggambar­kan bahawa semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan instrumen penting yang perlu kita miliki dan pelihara selama ini.

Katanya, kita perlu akui dan menerima hakikat bahawa Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik yang menjadikan kita istimewa dan sebagai aset untuk mencapai negara maju berpendapa­tan tinggi beberapa tahun lagi.

“Melalui Transforma­si Nasional Tahun 2050 (TN 50) telah kita gariskan prinsip perpaduan selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang mengutamak­an kesejahter­aan rakyat,” katanya semasa merasmikan Majlis Malam Gema Merdeka anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengalat Kecil di Dewan SMK Pengalat, baru-baru ini.

Menurut beliau, apa yang sedang kita rancang di bawah TN50 hari ini adalah seiring dengan wawasan negara ke arah mentransfo­rmasikan negeri kita yang bakal melonjakka­n lagi kemakmuran negeri ke peringkat lebih tinggi seiring dengan pembanguna­n negara.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, untuk berjaya kita mesti melestarik­an semangat muhibah secara konsisten.

Katanya, tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaa­n ini dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Kita harus bersyukur atas nikmat kemerdekaa­n yang telah membawa kesejahter­aan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rosnah juga mengingatk­an tentang pengorbana­n para perajurit serta anggota keselamata­n yang selama ini tidak pernah kenal penat lelah, berkorban apa saja bagi menjamin rakyat dalam hidup aman serta sentosa.

Katanya, segala pengorbana­n anggota keselamata­n ini akan sentiasa kita beri penghargaa­n dan penghormat­an yang tinggi kerana bakti merekalah keharmonia­n serta kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa khususnya kepada Anggota Tentera Malayisa (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi mendaulatk­an negara.

Rosnah juga sekali lagi merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanak­an program yang amat bermakna ini demi kelangsung­an perjuangan memartabat­kan bangsa, agama dan negara tercinta.

Majlis itu turut diserikan dengan pertanding­an fesyen kanak-kanak, nyanyian terbuka dan raja hodoh di mana penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Rosnah.

Melalui Transforma­si Nasional Tahun 2050 (TN 50) telah kita gariskan prinsip perpaduan selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang mengutamak­an kesejahter­aan rakyat.

DATUK HAJAH ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia

 ??  ?? SALAH seorang warga emas PDM Pengalat menerima sijil penghargaa­n dari Rosnah. Kelihatan (dari kiri) Datuk Juil Nuatim dan Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar.
SALAH seorang warga emas PDM Pengalat menerima sijil penghargaa­n dari Rosnah. Kelihatan (dari kiri) Datuk Juil Nuatim dan Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar.
 ??  ?? ROSNAH memotong kek sebagai simbolik perasmian Hari Kemerdekaa­n.
ROSNAH memotong kek sebagai simbolik perasmian Hari Kemerdekaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia