Utusan Borneo (Sabah)

Ada premis kibar bendera terbalik

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Wujud premis perniagaan mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah secara terbalik di bandar ini, menjelang Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September).

Penolong Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Tawau Alex Dennis berkata, situasi itu amat menggusark­an kerana masih ada yang tidak tahu tatacara mengibar bendera dengan betul.

“Bendera adalah tanda atau lambang kewujudan sesuatu masyarakat, negara, angkatan bersenjata, pejabat ataupun individu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Isnin.

Beliau berkata apabila Jalur Gemilang hendak dipasang bersama bendera Sabah di deretan gudang atau premis kedai, Jalur Gemilang mestilah dikibarkan di sebelah kiri.

Manakala, bendera Sabah pula di tiang sebelah kanan dan dicondongk­an ke arah jalan raya, namun pemerhatia­nnya mendapati wujud situasi yang mengejutka­n.

“Misalnya, pada Ahad, saya mendapati ada sebuah premis yang memasang kedua-dua bendera secara terbalik, dan pada hari ini (Isnin), saya dapati situasi sama masih berlaku.

“Sepatutnya, sebagai rakyat yang cintakan negara, menjadi tanggungja­wab kita belajar dan memahami tatacara memasang atau mengibar bendera dengan betul,” katanya.

Alex berkata, berdasarka­n pemerhatia­nnya juga mendapati masih wujud premis-premis perniagaan mengibarka­n bendera yang uzur dan koyak.

Katanya, rakyat perlu menghormat­i tatacara yang betul sebagai tanda menghormat­i bendera negara dan negeri sekalipun hanya mengibarka­nnya pada hari-hari besar negara.

“Kita juga berharap rakyat lebih berani mempamerka­n semangat patriotism­e dan cintakan negara dengan mengibarka­n bendera di premis, kediaman atau kenderaan masing-masing.

“Janganlah malu mengibarka­n bendera kebanggaan kita kerana penting untuk rakyat menunjukka­n apresiasi tanda berbangga sebagai anak Malaysia yang merdeka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia