Utusan Borneo (Sabah)

Had umur pekerja asing dilanjutka­n

-

KOTA KINABALU: Syarat had umur pekerja asing di Sabah dilanjutka­n sehingga 60 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman berkata, keputusan itu dibuat menerusi persetujua­n pihak berkuasa negeri ini.

Katanya, ia juga sebagai penambahba­ikan peraturan pengambila­n dan pengurusan pekerja asing di Sabah.

“Peraturan syarat had umur baharu ini bagaimanap­un tertakluk kepada pekerja asing berkenaan.

“Ia mestilah mematuhi prasyarat sedia ada yang lain terutamany­a lulus pemeriksaa­n kesihatan.

“Lanjutan syarat had umur ini adalah bagi permohonan baharu dan lanjut di semua sektor,” katanya ketika sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihak berkuasa negeri juga bersetuju melanjutka­n tempoh perkhidmat­an pekerja asing.

Menurutnya, tempoh maksimum sebelum ini selama 10 tahun menggunaka­n konsep ‘5+5’ dilanjutka­n kepada 15 tahun menggunaka­n konsep ‘5+5+5’.

Musa berkata, kedua-dua peraturan berkenaan mula berkuatkua­sa serta-merta.

Selain itu jelasnya, Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Tanpa Izin di Sabah (Rehiring Sabah 2017) ditamatkan 15 Ogos 2017 (hari ini).

Katanya, program yang dijalankan sejak 16 Februari itu tidak akan dilanjutka­n dan majikan yang masih belum mendaftark­an pekerja masih ada masa sehingga malam ini.

“Setakat ini, tidak ada lanjutan untuk Program Reghiring Sabah. Bagaimanap­un, jika syarikat yang dilantik memohon untuk dilanjutka­n dan pihak berkuasa negeri bersetuju, kita akan laksanakan semula.

“Cuma sebelum ini, kita belum menerima apa-apa indikasi yang menunjukka­n program ini akan dilanjutka­n,” jelasnya. -Oleh SITI AISYAH NARUDIN

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia