Utusan Borneo (Sabah)

Kem Remaja Islam sedarkan kewajipan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Siswazah Sabah cawangan penaja Putatan dan Penampang menganjurk­an program Kem Remaja Islam bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu pada 11-13 Ogos.

Program itu bermatlama­t menyedarka­n peserta akan kewajipan menjadi remaja Islam baik dan sejahtera dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak.

Program yang disertai seramai 202 orang dari 16 sekolah sekitar daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu itu mendapat sambutan luar biasa dan menarik minat remaja untuk menyertain­ya.

Kem Remaja Islam diatur dan dibantu oleh jawatankua­sa serta fasilitato­r berpengala­man daripada pelbagai latar belakang sekolah dan universiti menjadikan program itu unik, bervariasi aktiviti yang segar dan mesra remaja.

Ia diserikan dengan aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, persembaha­n berkonsep Islam, explorace dan malam penghayata­n muhasabah diri selain teras utama aktiviti adalah kuliah ceramah yang menekankan aspek aqidah, ibadah dan akhlak.

Turut hadir, Pengetua SMKA Kota Kinabalu Ustaz Taip Hj Abdullah, bagi merasmikan majlis penutupan Kem Remaja Islam.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan anak-anak remaja perlu menjaga aqidah dan perlu ada sekumpulan golongan yang membawa kepada kebaikan.

“Sekiranya hendak menjadi individu yang sejati, remaja kita perlu mengikuti aktiviti yang mendekatka­n diri kepada agama.

“Saya berharap agar peserta menyebarka­n Islam dalam kalangan rakan sebaya di sekolah masingmasi­ng,” katanya.

Program tahunan itu turut akan dianjurkan pada masa terdekat ini di beberapa daerah lain seperti Lahad Datu, Tawau, dan Keningau.

 ??  ?? PARA peserta bergambar kenangan sempena program itu.
PARA peserta bergambar kenangan sempena program itu.
 ??  ?? TAIP semasa berucap merasmikan program.
TAIP semasa berucap merasmikan program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia