Utusan Borneo (Sabah)

Guna teknologi dan inovasi untuk urusan kelestaria­n air

-

KUALA LUMPUR: Pakar dan penggiat industri harus sentiasa mengikuti perkembang­an ilmu dan teknologi terkini dalam pengurusan air bagi memastikan pembanguna­n lesatari sumber air, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini penting kerana teknologi akan dapat merangsang keadaan kurang baik yang berpunca daripada pengurusan air yang lemah dan digunakan sebagai usaha menyelesai­kan isu itu.

“Kita perlu menguruska­n air secara bijak dan efisien. Kita perlu inovatif.

“Ini kerana isu berkaitan air terutama kekurangan air yang berpunca daripada pengurusan yang lemah telah dikenal pasti oleh industri, kerajaan, ahli akademik dan masyarakat sebagai satu daripada tiga risiko global yang paling dibimbangi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa merasmikan Kongres Dunia ke-37 Persatuan Antarabang­sa Hydro-Environmen­t Engineerin­g and Research (IAHR) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata trend pertumbuha­n penduduk dan perbandara­n serta corak penggunaan air akan terus membesar yang menyebabka­n air semakin kekurangan.

Dalam dunia global, permintaan air, katanya, akan meningkat 55 peratus menjelang 2050 dan jika bekalan tidak mencukupi, ia boleh membawa kepada persaingan dan perjuangan untuk mendapatka­n sumber air dalam kalangan negeri dan negara di rantau yang sama atau benua dan antara benua.

“Air adalah satu daripada cabaran terbesar bagi pembanguna­n lestari pada dekad-dekad akan datang.

“Kesannya dapat dirasai menepati kesemua tonggak kelestaria­n alam sekitar, sosial dan ekonomi,” katanya sambil menambah kata “kita tiada pilihan selain memastikan air diurus dengan cekap”.

Bercakap kepada pemberita kemudian, ‘timbalan perdana menteri berkata kerajaan komited untuk melakukan pelbagai penambahba­ikan termasuk sistem ramalan cuaca yang lebih baik dan mendalamka­n sungai selain pemulihan dan pemulihara­an kawasan-kawasan tadahan air sebagai usaha untuk mengawal kejadian banjir.

Katanyakoo­rdinasiker­ajaan pusat dengan kerajaan negeri juga dipertingk­at untuk tujuan itu.

Sementara itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dianggarka­n RM40 bilion perlu diperuntuk­kan untuk melaksanak­an kerja-kerja tebatan banjir sejak 2015.

Katanya kementeria­n itu juga sedang dalam proses membuat kajian peruntukan untuk membuat penambahba­ikan hakisan pesisir pantai di seluruh negara.

Persidanga­n lima hari itu yang bermula Isnin dihadiri lebih 700 pakar dalam industri air dari 54 negara. - Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) melawat gerai pameran selepas merasmikan majlis pembukaan ‘IAHR World Congress 2017’ di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. Turut hadir Menteri Sumber Asli dan...
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) melawat gerai pameran selepas merasmikan majlis pembukaan ‘IAHR World Congress 2017’ di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. Turut hadir Menteri Sumber Asli dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia