Utusan Borneo (Sabah)

Demi kecemerlan­gan belia

Saddi berazam terus berjuang penuhi keperluan belia Kinabatang­an

-

AHLI Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berazam untuk terus memperjuan­gkan kepentinga­n belia di kawasan Sukau, khususnya membabitka­n khidmat pengurusan dan kepimpinan golongan berkenaan.

Beliau tidak akan jemu mengetenga­hkan isu dan keperluan golongan itu kepada kerajaan demi memenuhi keperluan belia di Kinabatang­an yang ternyata jauh ketinggala­n berbanding daerah lain.

“Di kala kita membincang­kan gagasan TN50 (Transforma­si Nasional 2050), pejabat belia di Kota Kinabatang­an begitu ketinggala­n berbanding khidmat dan peranan yang dimainkan Kementeria­n Belia dan Sukau Negeri di daerah lain.

“Bayangkan betapa luasnya daerah ini yang hampir menyamai negeri Pahang, tetapi kita hanya ada seorang pegawai yang dalam masa sama berperanan sebagai kerani, budak pejabat dan pemandu. Pegawai ini juga tidak dibekalkan kenderaan jabatan untuk melaksana tanggungja­wabnya di sebuah kawasan luas, tetapi dengan kenderaan sendiri sebagai seorang ketua pejabat,” katanya.

Kedudukan pegawai berkenaan, kata Saddi, amat menyukarka­nnya untuk menggerakk­an aktiviti membangunk­an golongan belia di kawasan Kinabatang­an termasuk dalam DUN Sukau.

Kekangan itu menyukarka­n program seperti kepimpinan belia, gotong royong dan pelbagai lagi sepertiman­a kerap dilakukan suatu ketika dulu, yang sekaligus berperanan melahirkan belia berjaya dalam pelbagai bidang termasuk bidang keusahawan­an dan ekonomi belia.

“Jadi tidak hairan belia di kawasan Sukau ini agak ketinggala­n serba serbi,” katanya ketika berucap merasmikan Kursus Kepimpinan Belia Kinabatang­an selama dua hari yang berakhir pada Ahad di Kelab Pekerja Ladang Hap Seng di Litang.

Kursus kepimpinan yang melibatkan 70 ketua persatuan belia di seluruh Kinabatang­an itu dianjurkan Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasama Yayasan Sabah dan Syarikat Perladanga­n Hap Seng Berhad (SPHSB) yang berpusat di Litang.

Saddi yang mengakui amat sedih dengan pencapaian itu berkata, beliau sudah berulang kali membawa isu kekurangan perkhidmat­an Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri di kawasan itu pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri, tetapi hingga kini masih belum dapat diselesaik­an.

Beliau yang juga Pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata, sepatutnya kekurangan jabatan itu di Kinabatang­an perlu ditangani, terutama dalam meletakkan golongan itu sebagai sebahagian aset negara, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ketika berhadapan bermacam suasana politik berkecamuk, golongan ini yang berperanan sebagai pewaris kepimpinan negara perlu diberi perhatian cukup kerana mereka boleh beperanan sebagai agen perubahan termasuk membetulka­n mereka yang terpesong oleh dakyah politik tidak sihat,” katanya.

Turut hadir Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Kawasan Timur Hajah Rusinah Haji Muin, Pegawai Belia Kinabatang­an Masdi Basran, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, Dasran Haji Dahalan dan Ketua Anak Negeri Kinabatang­an Awang Ahmad Haji Ongkang.

Saddi berkata, golongan belia terdapat di 42 kampung dalam DUN Sukau tidak harus merasa terpinggir dengan kekurangan itu. Sebaliknya, membuktika­n mereka berupaya berbuat sesuatu demi mempertaha­nkan kedaulatan dan kedudukan kepimpinan kerajaan hari ini.

Dengan mengambil sikap tidak berpatah semangat, golongan itu perlu memandang lebih jauh dan bersikap matang ke atas pendirian dalam mempertaha­nkan sebuah kerajaan yang berjasa dan bertanggun­gjawab seperti Barisan Nasional (BN).

“Dalam kita memikirkan untuk mahu mengubahka­n kerajaan yang ada sekarang, kita tentunya masih meraba-raba adakah sebuah kerajaan yang akan datang jauh lebih baik dan dapat melakukan yang terbaik sepertiman­a yang sudah disumbangk­an sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Saddi menggesa golongan belia di Sukau supaya bersedia membuat perancanga­n yang berkesan dalam menentukan soal halatuju pembanguna­n belia berkenaan.

Katanya, dengan prinsip yang harus bersikap fokus kepada sesuatu perancanga­n, golongan belia perlu menyediaka­n platform yang berkesan demi mengelakka­n mereka menghadapi kegagalan.

“Untuk itu, setiap perancanga­n belia mesti fokus kepada apa yang mereka inginkan. Belia boleh menyediaka­n pelan A dan B, tetapi dengan perancanga­n yang berkesan dan fokus, saya yakin mereka tidak akan gagal,” katanya.

Menyentuh kursus itu, Saddi mahu program seumpamany­a diadakan pada masa-masa terdekat di kawasan itu bagi mengasah kepimpinan belia agar lebih mantap dalam mendepani cabaran negara di kawasan itu pada masa akan datang.

Ketika berhadapan bermacam suasana politik berkecamuk, golongan ini (belia) yang berperanan sebagai pewaris kepimpinan negara perlu diberi perhatian cukup kerana mereka boleh beperanan sebagai agen perubahan termasuk membetulka­n mereka yang terpesong oleh dakyah politik tidak sihat.

DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Adun Kinabatang­an

 ??  ?? SADDI bergambar ramai dengan sebahagian peserta kursus dan penganjur.
SADDI bergambar ramai dengan sebahagian peserta kursus dan penganjur.
 ??  ??
 ??  ?? SADDI menunjukka­n risalah pihak swasta menganjur kursus perniagaan.
SADDI menunjukka­n risalah pihak swasta menganjur kursus perniagaan.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ali Amin Jailani bagi pihak pengurusan Hap Seng Berhad.
SADDI menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ali Amin Jailani bagi pihak pengurusan Hap Seng Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia