Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan BN demi pembanguna­n

Jentera BN dan Umno Labuan diminta lipatganda­kan usaha

-

LABUAN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan merancakka­n lagi pembanguna­n Labuan pada masa akan datang.

Justeru, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein mahu jentera BN dan Umno Bahagian Labuan melipatgan­dakan usaha agar hasrat itu tercapai, sekaligus memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 warga pulau bebas cukai ini.

Beliau berkata, kemenangan sahaja belum mencukupi tanpa memperoleh­i undi majoriti yang lebih besar berbanding PRU13.

“Kemenangan calon BN/ Umno dengan majoriti lebih besar berbanding PRU13 akan merancakka­n lagi pembanguna­n Labuan. Malah hasrat warga Labuan untuk mendapatka­n jambatan dari Labuan ke Menumbok akan berhasil suatu hari nanti,” katanya.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Labuan 2017, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Rozman Isli yang juga Ahli Parlimen Labuan, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Bashir Alias yang juga Ahli Dewan Negara, Naib Ketua Bahagian Datuk Khalid Ghani, Ketua Wanita Datuk Aini Safar, Ketua Pemuda Umno Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan Ketua Puteri Nur Ernie Jamil serta kira-kira 300 perwakilan.

Hadir sama, wakil Badan Perhubunga­n Umno Wilayah Persekutua­n Datuk Rizalman Mokhtar, Bendahari Datuk Yunus Kurus, Ketua Penerangan Datuk Yussof Mahal dan Pengerusi Tetap Haji Abd Rahman Lamudin.

Majlis perasmian mesyuarat itu turut dihadiri pemimpin parti komponen BN Bahagian Labuan.

Hishammudd­in berkata, kemenangan yang diidamkan boleh menjadi kenyataan sekiranya semua pemimpin serta ahli Umno dan BN berganding bahu mengutamak­an parti daripada kepentinga­n peribadi manamana pihak.

Oleh itu, beliau mahu pemimpin dan ahli Umno dan BN merapatkan saf dan sentiasa turun padang menemui rakyat selaku pengundi pada PRU14.

“Kita kena berusaha lebih kuat dan gigih bukan sahaja untuk kemenangan BN/ Umno tetapi yang penting kemenangan­ituakanmem­beri manfaat kepada rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Rozman menyuaraka­n hasrat perwakilan untuk meminta kerajaan Pusat membina jambatan yang menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui daerah Menumbok yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pulau bebas cukai ini tetapi juga kawasan berhampira­n.

Katanya, ketika ini kerajaan Pusat sudah melabur begitu banyak wang tetapi masih sekerat jalan sejak Labuan menjadi Wilayah Persekutua­n pada 16 April 1984.

“Pembanguna­n pesat itu akan berterusan jika kerajaan Pusat membina jambatan antara Labuan dan Menumbok. Banyak manfaat bakal diperolehi bukan sahaja Labuan tetapi juga kawasan berdekatan seperti Menumbok, Beaufort dan Kuala Penyu,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Bashir Alias dalam usul politiknya mahu Rozman dikekalkan sebagai calon BN/Umno pada PRU14 bagi Parlimen Labuan.

Beliau juga mencadangk­an agar Rozman dilantik sebagai anggota Kabinet selepas pilihan raya kelak.

Perwakilan juga mahu tambahan sebuah IPTA termasuk UiTM dan UIA, penyediaan tanah perkuburan yang khas buat warga asing dan meningkatk­an penguatkua­saan bagi menangani masalah perjudian.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Hishammudd­in diiringi penunggang motosikal berkuasa besar HOG Cawangan Labuan yang diketuai Presidenny­a Datuk Harris Anuar Tan.

Kemenangan calon BN/Umno dengan majoriti lebih besar berbanding PRU13 akan merancakka­n lagi pembanguna­n Labuan. Malah hasrat warga Labuan untuk mendapatka­n jambatan dari Labuan ke Menumbok akan berhasil suatu hari nanti.

DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN Naib Presiden Umno

 ??  ?? PERWAKILAN tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Hishammudd­in.
PERWAKILAN tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Hishammudd­in.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN yang diiringi Rozman, Bashir dan Mohd Rafi (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Labuan.
HISHAMMUDD­IN yang diiringi Rozman, Bashir dan Mohd Rafi (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Labuan.
 ??  ?? AJK Umno Bahagian Labuan bergambar dengan Hishammudd­in dan Rozman.
AJK Umno Bahagian Labuan bergambar dengan Hishammudd­in dan Rozman.
 ??  ?? (Gambar kiri) ROZMAN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hishammudd­in sambil diperhatik­an Bashir dan Mohd Rafi (kanan).
(Gambar kiri) ROZMAN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hishammudd­in sambil diperhatik­an Bashir dan Mohd Rafi (kanan).
 ??  ?? (Gambar atas) HARRIS (enam kiri) mengetuai konvoi motosikal HOG mengiringi ketibaan Hishammudd­in di Palm Beach Resort, Batu Manikar.
(Gambar atas) HARRIS (enam kiri) mengetuai konvoi motosikal HOG mengiringi ketibaan Hishammudd­in di Palm Beach Resort, Batu Manikar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN perwakilan Umno yang menyambut ketibaan Hishammudd­in.
SEBAHAGIAN perwakilan Umno yang menyambut ketibaan Hishammudd­in.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia