Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat terus jadi mata dan telinga kerajaan

-

SEBAGAI orang barisan hadapan di peringkat akar umbi, sudah pasti segala masalah atau kekurangan berlaku di kampung atau rumah panjang menjadi tanggungja­wab penghulu atau tuai rumah sebelum memaklumka­n kepada pimpinan kawasan.

Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata, justeru pemimpin masyarakat merupakan mata dan telinga kerajaan bagi memastikan setiap rancangan kerajaan diurus dengan sempurna bagi kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Saratok di Rumah Empawie, Bajau dekat sini.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Saratok itu dihadiri seramai 200 penduduk setempat dari 13 rumah panjang berhampira­n.

Mawan berkata, rakyat di Parlimen Saratok diharap dapat menilai kepimpinan berkesan yang dapat memberi pembanguna­n dan kesejahter­aan kepada rakyat.

Justeru, kerjasama serta sokongan padu rakyat untuk terus memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, rugi jika rakyat tidak menyokong kerajaan sedia ada gara-gara tidak menyukai seseorang pemimpin itu sambil menambah, rakyat terus rugi sehingga tidak merasai arus pembanguna­n.

“Peranan penghulu atau tuai rumah sangat penting untuk ke arah itu. Mereka sepatutnya berusaha lebih dan bekerja kuat untuk sama-sama berdiri di belakang kerajaan agar perancanga­n murni kerajaan terlaksana dengan baiknya.

“Mereka harus dapat menyatukan rakyat peringkat akar umbi untuk terus bersatu, bekerjasam­a dan saling membantu antara satu sama lain,” ujarnya.

Mawan juga mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Kemas yang dapat membawa program itu ke kawasan pentadbira­n sambil menyifatka­n program berkenaan satu langkah sangat baik.

Terdahulu Penolong Pengarah Kemas Sarawak Langgi Liban dalam ucapannnya berkata, masyarakat di rumah panjang diharap dapat memberi kerjasama baik dan menyokong penuh setiap program dianjurkan Kemas.

Antara lain pengisian Program Mesra Rakyat tersebut ialah mengadakan Seminar JKKK Membandark­an Luar Bandar disampaika­n Pegawai Kemas Daerah Saratok Muhammad Iqbal Abdullah dan Pengisian Profail Kampung disampaika­n Penyelia Pembanguna­n Komuniti Hazemi Entek.

Objektif utama program ini ialah melahirkan komuniti desa memiliki jati diri dan nilai murni, berindenti­ti serta sihat dan produktif, menggeratk­an hubungan antara pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan swasta dengan komuniti, memupuk semangat patriotism­e di kalangan komuniti desa, meningkatk­an kesedaran penjagaan kesihatan dan amalan hidup sihat.

 ??  ?? MAWAN (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Empawie (dua kiri) sambil diperhati Iqmal (kiri), Langi (dua kiri) serta yang lain.
MAWAN (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Empawie (dua kiri) sambil diperhati Iqmal (kiri), Langi (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia