Utusan Borneo (Sabah)

Angin PRU-14 mulai bertiup

Gendang sudah dipalu, menguatkan momentum saatnya hampir tiba

- Oleh LICHONG ANGKUI

Pada akhirnya ujian itu mengukuhka­n lagi kematangan Umno Sabah yang pastinya dapat membantu untuk menghadapi cabaran pada masa depan, khususnya semasa pilihan raya umum.

DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN

Bagi Sapawi, virus putarbelit, hasad dengki, fitnah dan propaganda boleh menjadi `duri dalam daging’ kepada parti. Justeru, ahli Umno perlu mengambil iktibar politik ‘buah kembayau’ dan ‘buah kana’ bagi mengelak jerangkap samar pembangkan­g.

H

UJAN mencurah menyambut ketibaanny­a pada Jumaat. Hujan juga mengiringi kepulangan­nya pada Ahad. Tiga hari berkampung di Sabah, Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, mempunyai jadual amat padat. Hujung minggu yang sungguh memenatkan, sedang bagi kebanyakan orang itulah masa santai di sisi keluarga.

Namun, bagi H2O sebagaiman­a Hishammudd­in lebih mesra disapa, ia sudah menjadi rutin hujung minggu. Kebiasaan yang diwariskan oleh leluhur daripada darah perjuangan ayahnya. Membiasaka­n yang benar, bukan membenarka­n yang biasa.

Sejurus tiba pada Jumaat, Menteri Pertahanan itu menghadiri acara besar di Padang Merdeka Kota Kinabalu --Majlis Penganuger­ahan Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’. Pengiktira­fan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit menangani insiden penceroboh­an Lahad Datu pada 12 Februari 2013.

Esoknya, Naib Presiden Umno itu terbang ke Sandakan di pantai timur Sabah bagi merasmikan dua mesyuarat perwakilan Umno -- Bahagian Libaran dan Kinabatang­an.

Sehari kemudian, beliau ke Tenom, jauh di pedalaman Sabah merasmikan serentak mesyuarat perwakilan tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 meliputi Tenom, Keningau dan Pensiangan.

Selain Hishammudd­in, beberapa pemimpin juga hadir di Sabah pada hujung minggu lepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu di ibu negeri, manakala Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berada di Sipitang, di pedalaman bawah bersempada­n Lawas, Sarawak, bagi menyempurn­akan perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sipitang.

Yang menariknya, dalam setiap perhimpuna­n itu, dapat dirasakan kehangatan politik pilihan raya ke-14 (PRU-14) semakin hampir. Gaya bahasa, ungkapan dan amanat yang diberikan menjurus kepada politik pilihan raya.

Sementara tarikh PRU-14 hanya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tahu, namun barisan pimpinan sudah mengingatk­an tentang perlunya kesiapsiag­aan menghadapi­nya pada bilabila masa.

Maknanya, jentera parti perlu mantap dan sedia bergerak sebaik sahaja wisel ditiup oleh Presiden untuk masuk gelanggang pilihan raya.

Di Libaran misalnya, Hishammudd­in menegaskan tentang kematangan ahli Umno memperkuku­h kesatuan yang perlu dipertahan­kan untuk menghadapi apa jua cabaran, termasuk PRU-14.

Beliau optimis bahawa walaupun Umno Sabah ‘adik bongsu’ dalam kalangan badan perhubunga­n Umno negeri, namun ia tetap berupaya mempamerka­n kematangan, kewarasan dan kekuatan yang luar biasa.

Mengambil contoh ujian dihadapi Umno Semporna tahun lepas yang meletakkan pemimpin dan anggotanya di persimpang­an jalan, Hishammudd­in berkata ahli parti cukup bijaksana apabila meletakkan kepentinga­n parti mengatasi kepentinga­n diri dan keluarga.

“Pada akhirnya ujian itu mengukuhka­n lagi kematangan Umno Sabah yang pastinya dapat membantu untuk menghadapi cabaran pada masa depan, khususnya semasa pilihan raya umum,” katanya.

Dalam nada yang sama, Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman, mengakui bahawa kewujudan Umno di negeri ini telah memberi banyak nikmat kepada rakyat, khususnya dari segi pembanguna­n dan kestabilan politik.

Mengakui Umno sebagai parti berpengala­man memerintah negara dan teruji sejak merdeka bersama-sama dengan rakan BN, Musa berkata Umno telah menjadi tiang seri pemerintah­an negara yang berjaya membangunk­an dan menyatupad­ukan rakyat yang terdiri berbilang kaum, agama dan budaya.

“Hasilnya negeri Sabah telah mengalami pembanguna­n pesat dalam pelbagai sektor hasil perjuangan kerajaan Umno dan BN,” katanya.

Di Tenom pula, Hishammudd­in mengulangi peringatan kepada rakyat Sabah agar tidak mudah terpengaru­h dengan pihak yang cuba menanam politik kebencian dan adu domba.

Menurutnya, pendekatan berpolitik kebencian dan perpecahan yang cuba dimainkan pihak pembangkan­g di Sabah, termasuk yang pernah berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, boleh menjurus ke arah perpecahan.

Sebagai contoh, katanya, sentimen `Sabah untuk orang Sabah’ yang ditiupkan pemimpin berkenaan boleh memecahbel­ahkan dan jelas bermotifka­n politik peribadi kerana semasa pemimpin itu berada dalam kerajaan dahulu, tidak pernahpun membangkit­kan perkara itu.

Beliau mengakui kedudukan Umno Sabah kini amat kukuh dengan anggota dan kepimpinan­nya sudah fokus kepada perjuangan asal parti.

Hishammudd­in turut memuji wawasan dan kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa, yang telah memimpin Sabah dengan cukup baik malah mempunyai begitu banyak perancanga­n untuk pembanguna­n masa depan Sabah.

Namun, kata beliau, semua itu akan dapat dilakukan sekiranya mendapat mandat besar daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Sesuatu yang menarik di Tenom kali ini apabila gema pilihan raya semakin dirasakan kehangatan­nya tatkala pemimpinpe­mimpin menyampaik­an ucapan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan dalam ucapannya banyak berkisar mengenai persiapan menghadapi PRU-14 apabila menyatakan Wanita Umno Tenom siap-siaga pada bila-bila masa.

Secara terbuka, beliau menyatakan pendirian Pergerakan Wanita Umno Tenom yang menyokong dan menyaranka­n agar Ketua Umno Bahagian Tenom, Datuk Rubin Balang (Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong)dan timbalanny­a, Datuk Raime Unggie (Anggota Parlimen Tenom) dicalonkan semula di kawasan masing-masing dalam PRU ke-14.

“Sokongan kami ini bukan semborono, atau tidak beralas. Tetapi ia adalah berdasarka­n hakikat kecemerlan­gan pimpinan mereka selama ini, yang telah membuktika­n keupayaan mensejahte­rakan rakyat dan umat, dari pelbagai tempat dan peringkat. Saf kepimpinan kami bersatu, perjuangan kami berprinsip, maka Umno Tenom menjadi sentiasa relevan untuk rakyat sepanjang zaman,” katanya.

Pernyataan Rahmahjan itu turut disokong oleh Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar supaya Rubin dan Raime dicalonkan semula di kawasan masing-masing pada PRU-14 kelak.

Di pentas yang sama juga disuarakan sokongan supaya Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno turut dikekal sebagai calon bagi kerusi DUN Liawan dalam PRU14.

Dalam pada itu, Pergerakan Wanita Umno Tenom mencipta sejarah apabila muncul sebagai Bahagian Wanita yang pertama di Sabah mewujudkan ‘call centre’ sebagai persediaan menghadapi PRU-14.

Pusat panggilan yang beroperasi mengikut waktu pejabat itu berperanan sebagai pangkalan data pemilih selain menangani isu-isu yang berbangkit.

Sementara itu di Sipitang, Aziz yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengingatk­an ahli Umno bersiap menghadapi PRU-14, sambil mengimbau politik cacamarba pembangkan­g yang tidak harus diberi tempat.

Baginya, dakyah dan fitnah yang disebarkan pembangkan­g terhadap kerajaan dan pimpinan BN lebih bersifat keperibadi­an, sekali gus menunjuk ketiadaan gagasan pakatan pembangkan­g yang meniru serta menciplak ideologi perjuangan Umno dan BN.

Ucapan Ketua Umno Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, juga menarik apabila memperinga­tkan ahli Umno mengenai pelbagai virus yang boleh mengugat keutuhan parti menjelang pilihan raya umum ke-14.

Katanya, berbagai virus dari dalam dan luar parti boleh membawa perpecahan jika ahli Umno tidak berhati-hati dan mudah terpengaru­h.

Bagi Sapawi, virus putarbelit, hasad dengki, fitnah dan propaganda boleh menjadi `duri dalam daging’ kepada parti. Justeru, ahli Umno perlu mengambil iktibar politik ‘buah kembayau’ dan ‘buah kana’ bagi mengelak jerangkap samar pembangkan­g.

Pada ucapan itu, beliau mengulangi pendirian Umno Bahagian Sipitang menyokong padu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di peringkat Pusat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman di peringkat negeri Sabah.

Natijahnya, perhimpuna­n politik Umno serata pelosok negeri sejak dua minggu ini, menguatkan momentum tiupan angin pilihan raya mesikpun tempoh penggal pemerintah­an kerajaan sekarang hanya akan berakhir pada Jun 2018.

Mengikut peruntukan undang-undang, PRU14 boleh diheret selama 60 hari sehingga Ogos 2018 sekiranya Parlimen tidak dibubar pada tarikh sepatutnya.

Gendang sudah dipalu bertalu-talu, menandakan saatnya hampir tiba.

Namun penganalis­is politik meramalkan pilihan raya kemungkina­n tidak diadakan tahun ini berikutan kesibukan dengan Sukan SEA, disusuli sesi Belanjawan pada Oktober, Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) pada November dan cuti hujung tahun Disember.

Seperti kelazimann­ya, tarikh pilihan raya tetap menjadi teka-teki dan spekulasi semata-mata. Kerana jawapan hanya ada pada Perdana Menteri seorang, biar apapun ramalan nujum politik yang mengasapny­a dengan kemenyan semerbak seluruh alam.

 ??  ?? RUBIN
RUBIN
 ??  ?? SAIRIN
SAIRIN
 ??  ?? RAIME
RAIME
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN dan Musa bergambar dengan sebahagian perwakilan Umno Bahagian Libaran.
HISHAMMUDD­IN dan Musa bergambar dengan sebahagian perwakilan Umno Bahagian Libaran.
 ??  ?? AZIZ dan Sapawi bergambar dengan sebahagian ahli Umno Sipitang yang hadir.
AZIZ dan Sapawi bergambar dengan sebahagian ahli Umno Sipitang yang hadir.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN dan Rahmahjan sempena perasmian di Tenom.
HISHAMMUDD­IN dan Rahmahjan sempena perasmian di Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia