Utusan Borneo (Sabah)

AS kesali pembunuhan tujuh White Helmets

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyuaraka­n rasa sedih dan kesal kelmarin bagi pembunuhan tujuh anggota perkhidmat­an menyelamat White Helmets dari Syria di sebuah pekan yang ditawan oleh pejuang jihad berhampira­n Idlib.

Ketujuh-tujuh mereka dibunuh Sabtu lepas oleh penyerang tidak dikenali dalam satu serangan ke atas pangkalan mereka di Sarmin, sembilan kilometer di timur bandar Idlib.

Pekan itu dikawal pakatan jihad Hayat Tahrir al-Sham, yang membidas serangan itu sebagai satu jenayah keji.

Jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert menyampaik­an takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami berasa amat sedih dan kesal apabila mendengar tentang pembunuhan kejam tujuh Anggota Pertahanan Awam Syria yang lebih dikenali sebagai White Helmets,” kata beliau.

“Tindakan pengecut lelaki bertopeng telah meragut nyawa sukarelawa­n awam yang bekerja tanpa penat sebagai orang pertama menyelamat­kan nyawa dalam persekitar­an yang amat berbahaya,” kata beliau.

Kumpulan White Helmets ditubuhkan pada 2013, bertugas untuk menyelamat­kan orang awam di kawasan yang ditawan oleh pemberonta­k.

Sejak itu mereka telah mendapat pengiktira­fan antarabang­sa bagi tindakan menyelamat mereka yang berani, selalunya dirakamkan dan disebarkan di dalam media sosial, dan telah dicalonkan bagi Nobel Keamanan 2016.

Sementara itu, para pejuang yang dibantu oleh AS berperang dalam pertempura­n sengit kelmarin dengan pejuang jihad kumpulan Islamic State di dalam pangkalan mereka di Raqa, SYRIA, menurut seorang koresponde­n AFP.

Pasukan Tentera Demokratik Syria, pakatan Arab-Kurd, yang pertama memasuki Raqa pada dua bulan lepas dan telah menawan lebih dari separuh bandar utara, namun perkembang­an mereka tentang mendapat tentangan sengit dari IS.

Kelmarin, kedua-dua pihak telah berperang di dalam Kota Lama di Raqa, saling berbalas tembakan mortar dan serangan sengit mesingan, menurut koresponde­n yang berada di luar pusat bersejarah itu.

Sebuah pesawat perang dari pakatan yang diketuai oleh AS menyediaka­n bantuan udara dan mengebom kedudukan IS di Kota Lama, dengan kepulan asap memenuhi ruang angkasa.

“Pertempura­n sengit dan pasukan tentera kami cuba mengepung lebih ramai lagi Daesh (IS),” menurut Nuri Mahmud, seorang jurucakap bagi militia YPG Kurdis yang menguasai SDF.

Beliau menyatakan pejuang IS telah “menggunaka­n segala cara yang mereka miliki untuk terus bertahan.”

Berhampira­n tembok lama yang mengelilin­gi Kota Lama, koresponde­n AFP telah melihat para pejuang SDF membantu lima orang rakan mereka yang tercedera ke kawasan selamat selepas mereka terkena serpihan akibat letupan periuk api.

Para pejuang IS telah menanam banyak periuk api di sekitar bandar bagi memperlaha­nkan kehadiran SDF, dan juga menggunaka­n kereta jerangkap samar, dron dan pengebom nekad.

Bagaimanap­un pakatan yang dibantu oleh AS telah merampas sembilan buah daerah di bahagian barat dan timur bandar sejak pertama kali memasuki Raqa pada 6 Jun selepas satu kempen selama beberapa bulan.

Pertempura­n bagi Raqa telah menyebabka­n puluhan ribu orang awam yang melarikan diri, dengan ramai yang tercedera dalam pertempura­n senjata atau bahan letupan yang ditanam oleh pihak IS semasa mereka melarikan diri.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu menganggar­kan antara 20,000 dan 50,000 masih berada di dalam bandar, walaupun yang lain memberikan anggaran yang jauh lebih rendah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar ?? ANGGOTA White Helmets mengebumik­an rakan seperjuang­an yang terkorban di Sarmin, Idlib pada Sabtu lalu.
— Gambar ANGGOTA White Helmets mengebumik­an rakan seperjuang­an yang terkorban di Sarmin, Idlib pada Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia