Utusan Borneo (Sabah)

Gajah selamatkan pelancong terperangk­ap di Nepal

-

KATHMANDU: Perkhidmat­an gajah telah digunakan bagi menyelamat­kan beratusrat­us orang pelancong asing yang terperangk­ap di sebuah taman safari hutan Nepal, menurut pihak berkuasa semalam, ketika angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh selepas hujan lebat selama empat hari meningkat kepada 70 orang.

Di Sauraha, 80 km di selatan Kathmandu, Sungai Rapti telah melimpah dari tebingnya, menenggela­mkan beberapa buah hotel dan restoran serta menyebabka­n kira-kira 600 orang pelancong terkandas.

Sauraha, di tepi Taman Negara Chitwan, merupakan kediaman bagi 605 ekor badan sumbu bertanduk satu, atau badak sumbu India, serta terkenal dengan pelancong asing, termasukla­h pelawat dari India dan China, kebanyakan untuk menunggang gajah dan melihat badak.

“Kira-kira 300 orang pelawat telah diselamatk­an di atas belakang gajah dan treler traktor ke Bharatpur kelmarin dan yang lain-lain akan dibawa ke tempat yang lebih selatan pada hari ini,” Suman Ghimire, ketua sebuah kumpulan bagi pemilik hotel Sauraha, menyatakan melalui panggilan telefon semalam.

Shiva Raj Bhatta dari WWF Nepal menyatakan seekor badak telah mati dalam banjir tersebut.

Para pekerja bantuan menyatakan 26 dari 75 buah daerah di Nepal telah sama ada ditenggela­mi air atau terkena tanah runtuh selepas hujan lebat melanda negara yang kebanyakan­nya bergunungg­anang, kawasan utama bagi Gunung Everest dan tempat kelahiran Tuhan Buddha.

Angka kematian, yang telah mencecah 49 orang kelmarin, telah dijangka bertambah dengan seramai 50 orang lagi dilaporkan hilang dalam banjir dan tanah runtuh, Menteri Maklumat dan Komunikasi Mohan Bahadur Basnet berkata.

Basnet menyatakan lebih dari 60,000 buah rumah telah ditenggela­mi air, kebanyakan di kawasan selatan bersempada­n dengan India. Anggaran bagi kerugian masih belum diperolehi, dengan anggota penyelamat masih belum sampai ke kampung-kampung yang dilanda dengan banjir teruk sejak beberapa tahun ini.

“Situasi adalah membimbang­kan ketika puluhan ribu orang telah terlibat,” Basnet memberitah­u Reuters.

Beberapa kawasan besar tanah perladanga­n di selatan, kawasan ekonomi utama Nepal, telah ditenggela­mi air dan negara Himalaya akan berdepan dengan kekurangan makanan disebabkan kehilangan tanaman, menurut pekerja bantuan.

“Hujan lebat telah melanda pada salah satu masa yang teruk, sejurus selepas peladang menanam benih padi mereka di wilayah pertanian utama di negara ini,” menurut Sumnima Shrestha, seorang jurucakap bagi kumpulan bukan perniagaan Heifer Internatio­nal yang berpusat di AS.

Hujan monsun, yang bermula pada Jun dan berterusan sehingga September, penting bagi Nepal yang bergantung kepada pertanian, namun ia turut menyebabka­n kehilangan besar bagi nyawa dan kerosakan harta benda pada setiap tahun. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia