Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran pematuhan cukai

Ops Saji LHDNM peringkat negeri dilancar di Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Operasi Gegar Bersepadu (Ops Saji) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) peringkat negeri telah dilancarka­n di sini pada Isnin.

Ops Saji melibatkan seramai 27 pegawai dan kakitangan LHDNM Cawangan Keningau serta Ibu Pejabat dan pelepasan itu telah dilakukan oleh Pengarah LHDNM Negeri Sabah Dr Sotimin Muhalip.

Sotimin berkata, operasi itu akan berlangsun­g di daerah ini bermula Isnin sehingga 25 Ogos sebagai kesinambun­gan daripada Ops Kutip yang dijalankan di seluruh negara.

Katanya, Op Saji bertujuan meningkatk­an tahap kesedaran dan pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan pembayar cukai selain dapat membantu di dalam meningkatk­an kutipan cukai di negeri ini melalui pembesaran asas cukai.

Beliau menyeru kepada semua yang layak supaya tampil secara sukarela di samping mencari pembayar cukai berpotensi.

“Berbekalka­n tagline ‘Hasil Your Feel Good Partner’,

Ops Saji ini diharap dapat mengubah persepsi orang awam dan pembayar cukai terhadap sistem pentadbira­n percukaian LHDNM yang mana bukan hanya menjurus kepada kutipan cukai dan pematuhan undangunda­ng semata-mata, tetapi memberi persepsi yang mesra pelanggan,” katanya.

Sotimin berkata, ia akan menggalakk­an pembayar cukai lebih telus dan rela hati mematuhi peraturan serta undang-undang percukaian Malaysia.

Katanya, Ops Saji melibatkan semua kawasan pentadbira­n LHDNM Cawangan Keningau meliputi kawasan Keningau, Tenom, Kemabong, Tambunan, Sook dan Nabawan.

Hadir sama pada pelepasan Ops Saji ialah Pengarah Cawangan LHDNM Keningau Mohd Shahriz Ramli dan pegawai LHDNM lain.

“Berbekalka­n tagline ‘Hasil Your Feel Good Partner’, Op Saji ini diharap dapat mengubah persepsi orang awam dan pembayar cukai terhadap sistem pentadbira­n percukaian LHDNM yang mana bukan hanya menjurus kepada kutipan cukai dan pematuhan undang undang semata-mata, tetapi memberi persepsi yang mesra pelanggan.

DR SOTIMIN MUHALIP Pengarah LHDNM Negeri Sabah

 ??  ?? SOTIMIN (memegang bendera LHDNM) melepaskan para pegawai dalam Ops Saji. Turut kelihatan Shahriz (tiga kanan) serta pegawai lain.
SOTIMIN (memegang bendera LHDNM) melepaskan para pegawai dalam Ops Saji. Turut kelihatan Shahriz (tiga kanan) serta pegawai lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia