SugarBun perkenal menu baharu ‘Kombo Swinger’
KUCHING: Restoran makanan segera, SugarBun memperkenalkan satu lagi menu hidangan baharu iaitu ‘Kombo Swinger’ untuk pelanggan setianya serta penggemar makanan segera.
Kombo baharu ini didatangkan dengan Burger Swinger SugarBun yang diperbuat daripada 100 peratus isi dada ayam dengan perasa khas yang mana lebih pedas dan dimasak rangup.
Burger ini bertambah enak apabila turut dihidangkan bersama dengan sos keju dan mayonis ditambah dengan sekeping keju di atasnya.
Pengurus Pemasaran SugarBun, Jason Ho pada pelancaran Kombo Swinger di restoran yang terletak di iCom Square di sini berkata, kombo ini adalah terhad untuk tempoh sebulan sahaja.
Kombo ini katanya, boleh didapati di semua rangkaian restoran SugarBun di Malaysia Timur selain Lapangan Terbang bermula hari ini iaitu 15 Ogos hingga 15 September 2017.
“Selain burger, kombo ini turut didatangkan bersama dengan kentang goreng ‘Swinger Fries’ yang baharu dengan bahan kentang diimport dari Amerika.
“Lebih rangup, kentang goreng cita rasa Amerika ini menjadi kegilaan penggemarnya.
“Kombo ini dilengkapi dengansatuminumaniaitu-EST Cola dengan harga RM13.99 satu kombo,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), SugarBun menurut Jason akan menyumbangkan lebih 300 pek Kombo Swinger ini untuk satu program anjuran Yayasan Pillar Malaysia pada September akan datang.
Yayasan Pillar Malaysia yang merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan pada September depan akan mengadakan ceramah motivasi percuma untuk pelajar-pelajar miskin yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.