Utusan Borneo (Sabah)

Ketegangan AS-Korea Utara terus beri tekanan ke atas Bursa Malaysia

Di pasaran tempatan asas ekonomi kukuh dengan eksport terus mantap

-

KUALA LUMPUR: Trend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu ini ketika selera risiko untuk ekuiti kekal lembap kerana penggiat pasaran menunggu perkembang­an positif daripada ketegangan geopolitik Amerika Syarikat-Korea Utara bagi meningkatk­an sentimen.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar AS, akan terus menyebabka­n pelabur enggan memasuki pasaran.

Bagaimanap­un, katanya, keadaan ekonomi yang lembap hanya untuk sementara kerana penganalis­is berpendapa­t, ia hanya retorik dan kewarasan (berkaitan ancaman pelancaran peluru berpandu) akan kekal.”

“Di pasaran tempatan, asas ekonomi masih kukuh dengan pertumbuha­n eksport yang mantap baru-baru ini, antara prestasi terbaik serta beberapa pengumuman pendapatan korporat yang positif. Saya berpendapa­t Bursa akan kembali neutral minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Nazri berkata, paras sokongan untuk minggu ini akan berada pada 1,760 dan 1,750, kerana keadaan semasa akan menawarkan peluang pembelian yang besar kepada pelabur untuk mengumpul saham di bawah nilai.

Untuk minggu baharu berakhir, penanda aras FBM KLCI merosot 7.57 mata kepada 1,766.96 berbanding 1,774.53 minggu lepas.

Pergerakan dagangan hanya dipengaruh­i turun naik harga minyak di samping perkembang­an luaran, terutama ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara.

Presiden AS, Donald Trump berjanji akan memberi tindak balas secara paling keras kepada sebarang ancaman Korea Utara dan Pyongyang pula menimbang untuk melancarka­n peluru berpandu ke atas Guam sebagai respons terhadap kenyataan Trump tersebut.

Pada asas mingguan, Indeks Emas FBM merosot 117.43 mata kepada 12,502.44, Indeks FBMT 100 susut 92.27 mata kepada 12,175.92, Indeks Syariah Emas FBM jatuh 131.54 mata kepada 12,612.47, FBM 70 berkurang 263.2 mata kepada 14,693.55 dan FBM Ace turun 267.63 mata kepada 6,308.78.

Pada asas sektor, Indeks Kewangan merosot 105 mata kepada 16,717, Indeks Perladanga­n menyusut 62.93 mata kepada 7,787.85 dan Indeks Perusahaan jatuh 31.23 mata kepada 3,234.1.

Jumlah dagangan melonjak kepada 8.45 bilion unit bernilai RM9.08 bilion berbanding 7.31 bilion unit bernilai RM9.79 bilion minggu lepas.

Volum Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 5.57 bilion saham bernilai RM8.35 bilion berbanding 5.10 bilion saham bernilai RM8.87 bilion Jumaat lepas.

Volum waran menguncup kepada 826.86 juta unit bernilai RM125.62 juta berbanding 1.20 bilion unit bernilai RM173.04 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 1.99 billon saham bernilai RM568.7 juta berbanding 2.40 bilion saham bernilai RM733.74 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia