Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka meningkat dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meningkat sedikit namun bergerak dalam jajaran kecil antara 4.2800 dan 4.2900 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank, Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata mata wang tempatan itu dijangka mendapat sokongan daripada sentimen positif dalam pasaran tempatan susulan perkembang­an mengenai suku kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dan syarikat 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

“Laporan suku kedua KDNK yang akan diumumkan pada Jumaat ini dijangka memaparkan satu lagi prestasi positif berdasarka­n data ekonomi Malaysia yang diumumkan setakat ini.

“Berita pembayaran hutang 1MDB kepada syarikat Abu Dhabi, Internatio­nal Petroleum Investment Co. PJSC (IPIC) daripada program rasionalis­asinya, pada Jumaat turut menyuntik sentimen positif ke dalam pasaran tempatan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, kata Kamaruddin, ketegangan politik antara AS dan Korea Utara dijangka terus menjejaska­n mata wang negaranega­ra sedang pesat membangun di Asia termasuk ringgit berikutan sentimen risiko di pasaran apabila pelabur bertindak memilih aset selamat.

Sementara itu, Hong Leong Research berkata ringgit susut 0.3 peratus bagi asas minggu ke minggu berbanding dolar AS, namun tinggi berbanding lapan daripada kelompok 10 negara lain.

“Kami mengekalka­n pandangan bahawa ringgit akan susut sedikit pada minggu ini berbanding dolar AS, kemungkina­n diasak oleh kebimbanga­n mengenai faktor geopolitik serta risiko menjelang (pengumuman) laporan KDNK.

“Selain daripada faktor itu, kami menjangkak­an pergerakan ringgit akan turut dipengaruh­i oleh prestasi dolar AS,” katanya.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah pada 4.2935/2965 berbanding dolar AS daripada 4.2770/2800 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lainnya, kecuali yen Jepun.

Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1461/1495 daripada 3.1534/1570 minggu lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.5644/5696 daripada 5.6264/6312 dan meningkat berbanding euro kepada 5.0479/0518 daripada 5.0811/0864 sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia