Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan emas dijangka tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini, seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi AS (Comex) selepas peningkata­n ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chang Hui Ying berkata pada minggu akan datang, emas Bursa diramal akan naik lebih tinggi, sehingga ketegangan itu reda.

“Bursa emas juga akan menjejaki haluan logam berharga Comex dengan melihat kepada data inflasi AS yang akan dikeluarka­n pada hari Jumaat khususnya bagi mengesahka­n keadaan ekonomi AS dan sebagai pemangkin pasaran untuk menentukan hala tuju pasaran,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Hong Leong Reseach berkata kebimbanga­n geopolitik terlihat dalam pasaran selepas ancaman ‘api dan kemarahan’ Presiden AS Donald Trump kepada Korea Utara dibalas dengan kononnya rancangan serangan peluru berpandu ke atas Guam pada pertengaha­n bulan ini.

Kerisauan itu dijangka akan menentukan kepentinga­n pasaran dan perubahan dasar penting dalam ekonomi utama mungkin tidak akan berlaku.

“Secara keseluruha­n, kebanyakan pasaran menunjukka­n aliran ke arah komoditi selamat selepas para pelabur menyimpan tunai dan mengubah semula kedudukan portfolio mereka sementara mengekalka­n perhatian kepada perkembang­an seterusnya.

“Minyak mentah dan emas meningkat selepas pasaran risau dengan senario perang, komoditi ini mendapat untung di tengah-tengah persekitar­an turun naik yang rendah,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran emas didagangka­n kebanyakan­nya lebih tinggi, selepas menjejaki prestasi pasaran emas Comex.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, Ogos 2017, September 2017, Oktober 2017 dan November 2017 naik 46 mata, masing-masing kepada RM176.60, RM176.70, RM176.20 dan RM176.40 segram.

Jumlah dagangan menokok kepada 58 lot bernilai xx daripada 27 lot bernilai RM470,450 pada minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka bertambah kepada 215 kontrak daripada 180 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia