Utusan Borneo (Sabah)

Izzue Islam jadi pegawai JPJ demi cinta Mira Filzah

-

PEMINAT Izzue Islam kini bolehlah menatap muka pelakon dan penyanyi serba boleh itu setiap hari menerusi set televisyen masing-masing. Ini kerana bermula 11 Ogos lepas, Izzue adalah hero dalam drama terbaharu berjudul ‘Ops Cinta Din Sardin’ yang kini sedang bersiaran di TV9.

Drama 20 episod yang ditayangka­n setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam menerusi slot Kelakarama ini menampilka­n Izue membawa watak sebagai Din, seorang Pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ). Turut berganding­an bersama Izzue dalam drama ini adalah Mira Filzah, yang membawa watak Che Ta.

Drama ini turut diperkuatk­an dengan barisan pelakan seperti Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati, Sasqia Dahuri, Bell Ngasri, Azhan Rani, Jaja DFKL, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

‘Ops Cinta Din Sardin’ adalah drama kesinambun­gan daripada cerita ‘Din Sardin’ yang pernah bersiaran di Skrin Di 9. Din yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya mula berubah setelah dia jatuh hati pada Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat berganding­an dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acap kali permohonan­nya untuk menjadi anggota unit beruniform ditolak sehinggaka­n dia kembali merempit.

Ditimpa kejadian malang akibat kedegilann­ya untuk kembali merempit menyebabka­n dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawa­n Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Adakah Din akan berjaya menjadi pegawai JPJ seterusnya memenangi hati Che Ta yang sudah menjadi tunangan orang itu? Ketahui kesudahan cita-cita dan cinta Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 di slot Kelakarama.

Layari laman web www.tv9. com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysi­a untuk mendapatka­n berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksika­n rancangan ini boleh menontonny­a melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com. my.

 ??  ?? MIRA FILZAH IZZUE ISLAM
MIRA FILZAH IZZUE ISLAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia