Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor dibantu

Pembiayaan, jaminan kewangan RM500 juta untuk kontraktor Bumiputera jalan pakej sub-kontrak Pan Borneo

-

KUCHING: Kemudahan pembiayaan dan jaminan kewangan bernilai RM500 juta disediakan kepada kontraktor Bumiputera yang menjalanka­n pakej sub-kontrak di bawah projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dana khas tersebut adalah melibatkan kolaborati­f antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dengan empat institusi kewangan terkemuka – RHB Islamic Bank Berhad, SME Bank, Credit Guarantee Corporatio­n (CGC) dan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Beliau menjelaska­n, RHB Islamic Bank Berhad dan SME Bank akan menyediaka­n dana khas untuk pembiayaan kontrak manakala kemudahan khas jaminan pinjaman akan disediakan oleh CGC dan SJPP.

“Program ini diharap dapat membantu penglibata­n kontraktor Bumiputera yang berkelayak­an dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif TERAJU di bawah pelan pelaksanaa­n ‘Carve Out & Complete’ sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menyediaka­n ekosistem yang kondusif bagi merangsang penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sarawak sempena Majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an Bagi Program Kemudahan Pembiayaan Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Industri Kecil Sederhana dan Menteri Muda EDagang Datuk Mohd Naroden Majais serta Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Datuk Husni Salleh.

Menurut Fadillah yang juga pengerusi MEB Sarawak, dijangka lebih kurang 50 syarikat kontraktor Bumiputera akan mendapat manfaat daripada program berkenaan, di mana ia dapat membantu meningkatk­an kelayakan syarikatsy­arikat yang terlibat untuk mendapatka­n fasiliti pembiayaan dari institusi kewangan yang telah dikenal pasti.

“Lebuh Raya Pan Borneo dijangka bertindak sebagai pengganda ekonomi setempat selain menghubung­kan Sarawak, Sabah dan negara jiran, Brunei Darussalam.

“Ia dapat menggalakk­an penciptaan peluang ekonomi yang lebih dinamik serta mendorong pertumbuha­n sektor ekonomi seperti perkhidmat­an dan pelanconga­n,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata Sarawak GLC Talent Developmen­t Programme juga telah ditubuhkan, yang merupakan inisiatif kolaborati­f antara Talent Corporatio­n Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Teraju bagi melahirkan modal insan yang berpotensi tinggi di kalangan pengurusan kanan di Sarawak.

Katanya, pengurusan kanan yang terlibat akan ditempatka­n di syarikat GLC yang terpilih di mana mereka akan diberi pelbagai pendedahan serta tugasan selama enam bulan.

“Dalam proses melalui program ini, pengurusan kanan yang terlibat dapat memperoleh­i pemahaman yang lebih mendalam tentang amalan terbaik yang diamalkan di syarikat-syarikat GLC di samping meluaskan rangkaian profesiona­l mereka,” katanya.

Pada masa sama, beliau menambah program berkenaan turut menyumbang kepada pemindahan pengetahua­n dan teknologi antara syarikat-syarikat GLC dalam membangun dan melaksanak­an projek-projek yang bernilai tinggi.

“Dana

khas tersebut adalah melibatkan kolaborati­f antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dengan empat institusi kewangante­rkemuka–RHBIslamic Bank Berhad, SME Bank, Credit Guarantee Corporatio­n (CGC) dan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

DATUK SERI FADILLAH YUSOF Menteri Kerja Raya

 ??  ?? FADILLAH (tengah) bersama Naroden (tiga kanan) merakam gambar bersama wakil-wakil syarikat institusi kewangan yang terlibat sempena Majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an Bagi Program Kemudahan Pembiayaan Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo di...
FADILLAH (tengah) bersama Naroden (tiga kanan) merakam gambar bersama wakil-wakil syarikat institusi kewangan yang terlibat sempena Majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an Bagi Program Kemudahan Pembiayaan Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo di...
 ??  ?? HUSNI (kiri) dan salah seorang wakil syarikat institusi kewangan terlibat menunjukka­n Memorandum Persefaham­an sambil disaksikan Fadillah (dua kiri) dan Naroden (dua kanan).
HUSNI (kiri) dan salah seorang wakil syarikat institusi kewangan terlibat menunjukka­n Memorandum Persefaham­an sambil disaksikan Fadillah (dua kiri) dan Naroden (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia