Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa dinasihati sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak

-

BINTULU: Ibu bapa dinasihati sentiasa mengawasi pergerakan serta tingkah laku anak remaja bagi memastikan mereka bebas daripada segala anasir negatif yang boleh menghancur­kan masa depan mereka.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata golongan remaja terdedah kepada gejala negatif pelbagai bentuk dan boleh merosakkan minda, jasmasi dan rohani mereka.

“Sebaik-baiknya, ibu bapa harus memantau perkembang­an anak mereka dengan menjalin kerjasama erat dengan pihak sekolah dan guru selain mengetahui dengan siapa mereka (anak-anak) berkawan serta tempat sering dikunjungi,” katanya pada Majlis Ngentak Tiang Rumah (mendirikan tiang seri rumah panjang baharu) di Rumah Selamat, Sungai Rembai, Jalan Hulu Sebungan, di sini pada Ahad.

Menurutnya, ibu bapa dan guru melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus menjalin kerjasama bagi memastikan segala program mendatangk­an faedah kepada pelajar.

Dr Rundi berharap penduduk rumah panjang sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan kerajaan memastikan segala masalah serta isu berbangkit melanda kawasan dapat diselesaik­an secara baik.

“Setiaptuai­rumahmemai­nkanperana­n menjadi perantaraa­n penduduk dengan jabatan atau agensi kerajaan berkaitan bagi mendapatka­n pelbagai bantuan melibatkan pembanguna­n tanah, pertanian, penternaka­n serta program meningkatk­an tahap sosioekono­mi penduduk,” katanya.

Dr Rundi turut mengumumka­n bantuan sejumlah RM40,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Selamat manakala RM10,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut menjadikan bantuan keseluruha­n RM50,000.

“Saya berharap peruntukan itu dimanfaatk­an sebaik-baiknya oleh penduduk bagi membeli peralatan asas pembinaan rumah panjang serta progam berkaitan,” jelasnya.

 ??  ?? DR RUNDI (tengah) memotong reben merasmikan Ngentak Tiang Rumah Selamat, Sungai Rembai di Jalan Hulu Sebungan, Bintulu.
DR RUNDI (tengah) memotong reben merasmikan Ngentak Tiang Rumah Selamat, Sungai Rembai di Jalan Hulu Sebungan, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia