Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri dikejarkan ke hospital selepas terlibat kemalangan

-

KOTA SAMARAHAN: Pasangan suami isteri terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Tambey dekat sini, pada Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi apabila kereta yang dinaiki seorang warga emas berusia 62 tahun dan isterinya berusia 40 tahun terbabas ke dalam parit di tepi jalan berhampira­n simpang Kampung Tambey.

Kemalangan tersebut turut disaksikan orang awam yang melalui jalan tersebut sebelum membantu mengeluark­an kedua-dua mangsa.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan­mengalamic­edera ringan sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan Hashim Ramlan ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 pagi sebelum menggerakk­an jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi katanya, kedua-dua mangsa telah dikeluarka­n oleh orang awam yang berada di kawasan tersebut.

“Pasukan BBP Kota Samarahan telah bertindak menghantar kedua-dua mangsa ke Pusat Jantung Sarawak dengan menaiki kenderaan EMRS bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang anggota tentera patah tangan kanan apabila motosikal yang ditunggang­nya tergelinci­r sebelum terbakar dalam insiden kemalangan di Jalan Sungai Rayu, Matang kirakira jam 11 pagi Ahad.

Mangsa yang berusia 21 tahun dari Kem Semenggok itu dikatakan dalam perjalanan mencari tempat untuk barbeku bersama beberapa rakan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia