Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan peruntukan kerajaan

Para penerima perlu hargai usaha kerajaan salur geran dan peruntukan

-

SARIKEI: Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo menasihati penerima geran kerajaan memanfaatk­an setiap peruntukan tersebut dengan sebaik mungkin.

Katanya organisasi, persatuan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu menghargai usaha kerajaan menyalurka­n geran dan peruntukan kepada mereka.

“Paling penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan nasib rakyat terbela dan mendapat nikmat pembanguna­n serta kemajuan sama rata.

“Usaha ini membuktika­n kerajaan tidak pernah mengambil kira bangsa, agama dan fahaman politik dalam kesungguha­n membantu rakyat di mana juga mereka berada,” katanya pada Majlis Ringkas Penyerahan Geran kepada JKKK Zon B di Rumah Setia Sungai Minus, dekat sini Jumaat lalu.

Menurutnya, matlamat utama kerajaan mengagihka­n bantuan itu untuk membantu masyarakat melaksanak­an sesuatu perkara dan mengatasi masalah membelangg­u mereka dalam tempoh segera.

Sebanyak 25 bantuan dan geran diagihkan kepada penduduk rumah panjang dan persatuan terbabit.

“Semangat perpaduan dan kerjasama kalangan penduduk amat penting memastikan agenda pembanguna­n dilaksanak­an dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Justeru, kesepakata­n penduduk berupaya menjadi nadi kejayaan program dirancang kerajaan.

Katanya, penduduk perlu mengelak perbalahan dan mengamalka­n sikap saling bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Kerajaan bersungguh–sungguh melaksanak­an pelbagai program demi manfaat rakyat. Selain pembanguna­n, aspek seperti pendidikan dan kebajikan juga tidak diabaikan.

“Bagaimanap­un untuk melicinkan pelaksanaa­nnya kerajaan amat memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

“Paling penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan nasib rakyat terbela dan mendapat nikmat pembanguna­n serta kemajuan sama rata.

TENG UNG WOO Setiausaha Politik Ketua Menteri

 ??  ?? TENG bersama penerima bantuan pada majlis berkenaan.
TENG bersama penerima bantuan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia