Utusan Borneo (Sabah)

Program Hibur dan Labur Bersama PNB di SK Tatau dapat sambutan

-

TATAU: Program Hibur dan Labur Bersama PNB anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau di sini pada Ahad, mendapat sambutan menggalakk­an.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti Seminar Pelaburan 360 Hari, Pertanding­an Mewarna serta Khidmat Pelaburan dan Kaunter Perkhidmat­an Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

Seminar Perancanga­n Kewangan turut diadakan dalam dua sesi dihadiri seramai 250 ibu bapa untuk sesi pertama.

Manakala sesi kedua dari jam 11.30 pagi hingga 1 petang melibatkan 70 guru dan kakitangan sokongan sekolah.

Kaunter pembukaan akaun secara percuma dengan hanya RM10 juga disediakan untuk guru, kakitangan sokongan dan ibu bapa.

Pengurus ASNB Bintulu Abdul Thani Abdul Latip mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak khususnya SK Tatau menjayakan program tersebut yang turut disertai SK Kelawit dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tatau serta ibu bapa.

Sementara itu, Guru Besar SK Tatau Janudin Abdul Rahman mengingatk­an ibu bapa agar memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka sehingga mampu memasuki universiti.

Katanya persediaan penting ibu bapa membeli insurans dan menyimpan wang sedikit demi sedikit setiap bulan daripada pendapatan bulanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Diharap melalui program ini melahirkan masyarakat celik kewangan,” katanya sambil menjelaska­n bahawa berurusan dengan ASB pada masa sekarang, pemilik akaun hanya perlu membawa kad pengenalan ke kaunter ASB.

Beliau berterima kasih kepada PNB dan ASNB kerana menganjurk­an program itu di SK Tatau dengan harapan mendidik guru, ibu bapa dan murid melabur dalam pelaburan yang sah.

Katanya, melaluinya golongan sasaran mendapat maklumat betul berkaitan pelaburan ASB di samping melatih golongan terbabit melabur pada peringkat awal.

 ??  ?? KAUNTER turut dibuka untuk ibu bapa dan guru yang ingin berurusan dengan PNB di SK Tatau.
KAUNTER turut dibuka untuk ibu bapa dan guru yang ingin berurusan dengan PNB di SK Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia